Permohonan MRSM Kemasukan Tingkatan 4 2018

3398
views
Iklan Infopelajar2u

Perhatian kepada pelajar tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan PT3 2017, dan berminat serta berkelayakan untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 ambilan 2018 kini boleh membuat permohonan secara online.

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan tiga (PT3 2017) yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2018
secara online.

Permohonan Dibuka : 19 September 2017

Permohonan Ditutup : 31 Oktober 2017

Iklan Permohonan Kemasukan Tingkatan Empat MRSM 2018

Syarat Umum Kelayakan Kemasukan

  • Permohonan adalah warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar tahun enam (6) yang yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan

Syarat Minimum dan Kelayakan Asas Kemasukan

  • Memiliki sikap diri yang positif
  • Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  • Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh displin
  • Memperoleh keputusan minimum 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A 5B (Sabah / Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2017 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian)
  • Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
  • Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA

Nota : Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.

Cara Membuat Permohonan Online MRSM

Pemohon baru hendaklah mendapatkan kata laluan (percuma) terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan online

Kata laluan boleh didapati dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 menerusi sistem pada judul pautan berikut :

Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan

Sila layari sistem Borang Online Permohonan kemasukan Maktab Rendah Sains MARA pada pautan yang disediakan dibawah atau mengikut arahan yang terpapar selepas berjaya mendapatkan kata laluan.

Nota : Buat masa ini, sambungan akses ke laman sistem aplikasi permohonan MRSM telah disekat oleh pelayar internet popular (Google Chrome) berikutan “Privacy Error”. Pemohon boleh “bypass” dengan klik pada “ADVANCED” kemudian klik pada “Proceed To”

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan, sila rujuk Maklumat Kemasukan dalam
PDF di bawah ini :

Maklumat Lengkap Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan Empat 2018

Selamat membuat Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 4 Online buat pelajar Tingkatan3
2017. Moga hasrat anda untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA dalam
menyambung pengajian sekolah menengah tercapai.