Permohonan MRSM Kemasukan Tingkatan 1 2018

4738
views
Iklan Infopelajar2u

Perhatian kepada pelajar Tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2017, dan berminat serta berkelayakan untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 ambilan 2018 kini boleh membuat permohonan secara online.

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tahun enam (UPSR 2017) yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 2018
secara online.

Permohonan Dibuka : 19 September 2017

Permohonan Ditutup : 31 Oktober 2017

Iklan Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu (MRSM) 2018

Syarat Umum Kelayakan Kemasukan

  • Permohonan adalah warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar tahun enam (6) yang yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan

Syarat Minimum dan Kelayakan Asas Kemasukan

  • Memiliki sikap diri yang positif
  • Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  • Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh displin
  • Memperoleh keputusan 3A 3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sabah / Sarawak) dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2017
  • Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR 2017
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
  • Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA

Nota : Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.

Cara Membuat Permohonan Online MRSM

Pemohon baru hendaklah mendapatkan kata laluan (percuma) terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan online

Kata laluan boleh didapati dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 menerusi sistem pada judul pautan berikut :

Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan

Sila layari sistem Borang Online Permohonan kemasukan Maktab Rendah Sains MARA pada pautan yang disediakan dibawah atau mengikut arahan yang terpapar selepas berjaya mendapatkan kata laluan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan, sila rujuk Maklumat Kemasukan dalam
PDF di bawah ini:

Selamat membuat Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online buat pelajar Tahun 6
2017. Moga hasrat anda untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA dalam
menyambung pengajian sekolah menengah tercapai.