Permohonan Maktab Tentera Diraja Kemasukan 2018

3790
views

Adakah anda berminat ke Maktab Tentera Diraja (MTD)? Permohonan ke Maktab Tentera Diraja untuk tingkatan 4 telah dibuka bagi tahun pengambilan sesi 2018 / 2019.

Tawaran permohonan adalah terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2017 dan permohonan tersebut boleh dikemukakan secara online melalui laman web rasmi Maktab Tentera Diraja (MTD).

Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara untuk membuat permohonan, tarikh sistem permohonan dibuka dan syarat-syarat pemilihan kemasukan Maktab Tentera Diraja bagi tahun pengambilan sesi 2018.

Permohonan Dibuka : 10 Ogos 2017

Permohonan Ditutup : 20 September 2017

Iklan Tawaran Kemasukan Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sesi 2018

Syarat-syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja

Terbuka kepada warganegara Malaysia LELAKI sahaja yang berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari 2018 serta memenuhi kelayakan syarat-syarat seperti di bawah

Kelayakan Akademik

Mendapat sekurang-kurangnya 7A dalam Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2017.

Kelayakan Fizikal Dan Kesihatan

  • Ketinggian mininum: 1.52m
  • Berat minimum: 40.5kg
  • Indeks Jisim Badan (BMI): 18 hingga 27
  • Saiz dada: 74cm (semasa rehat) dan 79cm (semasa bernafas)
  • Tiada kecacatan mata termasuklah rabun jauh dan dekat dan rabun warna.
  • Sihat secara fizikal dan tiada masalah kesihatan yang boleh menghalang calon daripada melakukan aktiviti fizikal.

Nota Tambahan :

Pengambilan MTD Tingkatan Empat sesi pengajian tahun 2018 adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan PT3 Tahun 2017. Calon-calon yang mendapat keputusan 5A layak memohon bagi menghadiri ujian Pemilihan dan Temuduga awal.

Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai merit yang lebih tinggi dalam pencapaian akademik dan ko-kurikulum.

Panggilan Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal

Senarai calon yang layak dipanggil akan disiarkan menerusi laman Facebook Rasmi Maktab Tentera Diraja dan laman web rasmi seminggu selepas tarikh tutup permohonan.

Cara Memohon Maktab Tentera DiRaja

Permohonan Online boleh dibuat di laman web rasmi http://www.rmc.edu.my/ atau borang online MTD melalui pautan dibawah.

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila rujuk Iklan penuh permohonan dan menghubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon +603 9058 7212 atau email mtd@rmc.edu.my

Semoga permohonan anda berjaya dan meneruskan apa yang diimpikan anda.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here