Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA

2283
views
Iklan Infopelajar2u

Permohonan untuk latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil kini di buka sehingga 9 julai 2017 jam 11.59 malam

Peluang terbuka kepada seluruh warganegara malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkerja di Kementerian Kesihatan Malaysia anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi menjalani sesi latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Latihan Separa Perubatan SPA

Berikut adalah maklumat pengkhususan yang ditawarkan:

Syarat-syarat Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara malaysia dan mempunyai sekurang-kurangnya SPM.
  • Berusia tidak kurang daripada 17 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 9 Julai 2017 bagi sesi pengambilan ini.

Maklumat Program

  • Latihan akan dijalankan selama 3 tahun ( bertaraf diploma)
  • Anda akan diberikan elaun RM835.57 setiap bulan sepanjang tempoh latihan.

Cara memohon

Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA).

Sebelum anda menghantarkan sebarang permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat diri anda dengan lengkap dan tepat sila rujuk Cara Mengisi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Selamat membuat Pendaftaran Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA secara online. Semoga anda berjaya dalam permohonan jawatan kosong ini.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter