Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Online

4457
views
Iklan Infopelajar2u

Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Januari 2017 Online. Perhatian buat pelajar PT3 tahun 2016 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran.

Dikongsikan dari makluman rasmi KPM dimaklumkan bahawa permohonan online kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Ambilan Januari 2017 untuk pelajar Tingkatan 3 tahun 2016 akan di buka pada 11 Oktober 2016. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Disember 2016.

  • Maklumat dan panduan permohonan akan dikemaskini selepas applikasi permohonan dibuka pada tarikh 11 Oktober 2016
  • Applikasi Permohonan KV Dan SMT 2017 : (Akan dikemaskini – sila layari Portal Rasmi KPM untuk makluman terkini) Klik https://sptv.moe.gov.my/
  • Semakan keputusan Tawaran KV dan SMT 2017 (Akan dikemaskini)

Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Teknik (SMT) Januari 2017 Online

Program yang ditawarkan adalah seperti berikut :

1. Program Kolej Vokasional

Menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia dan ditawarkan di :-

  1. Kolej Vokasional KPM
  2. Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) – Auto Prima Technology Sdn. Bhd, Septronic Skills Training Centre, Enter Coridor Training Centre, Akademi APFT Maintenance Training, PPKS Ilmu Sdn. Bhd, JT Akademi Sdn. Bhd
  3. Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) – KKTM Masjid Tanah

2. Aliran  Teknikal 

Ditawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil  Pelajaran Malaysia)

3. Program Kemahiran

Program Sijil Kemahiran Malaysia di

  • Pusat GIATMARA yang terpilih di seluruh Malaysia dan WISDEC Sabah

Cara Buat Permohonan Online

Sila klik permohonan berdasarkan Aliran Murid Tingkatan 3 2016 seperti berikut:-

  • a. Aliran  Perdana/ Akademik/ Agama

Terbuka kepada murid Tingkatan 3 Tahun 2016 di sekolah menengah kebangsaan/sekolah bantuan kerajaan – Klik PERDANA untuk memohon

  • b. Aliran PAV

Terbuka  kepada murid Tingkatan 3 Tahun 2016 yang mengikuti Program Asas Vokasional (PAV) – Klik PAV untuk memohon

Setelah memilih permohonan mengikut aliran masing-masing, calon boleh mengakses sistem permohonan dengan mengisi no My Kad pada ruangan yang tersedia

Sekiranya calon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), sila maklumkan perkara ini kepada guru atau pihak sekolah Sila dapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang terdapat pada Info Kemasukan

Syarat Umum

  • i. Warganegara
  • ii. Tingkatan Tiga Tahun 2016
  • iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
  • iv. Bebas daripada Penyakit Kronik

Maklumat lanjut untuk informasi di bawah ini boleh dirujuk di applikasi permohonan online :-

  1. Institusi dan Kursus Yang Ditawarkan
  2. Syarat Permohonan
  3. Carta Alir Permohonan
  4. Info Kursus
  5. Panduan Permohonan
  6. FAQ

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di
Alamat BPTV:

Aras 6, Blok E14, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
No. Telefon : 03-88845154
Unit Pengambilan dan Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089

Semakan Keputusan Kemasukan Ke KV Dan SMT 2017

  • * Semakan keputusan tahun 2017 Akan dikemaskini

Calon   boleh   menyemak   keputusan   dalam laman   sesawang   KPM,   di   alamat http://www.moe.gov.my mulai 18 Januari hingga 25 Januari 2016.

Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini serta meneliti dan mendapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang terdapat pada ‘Info Kemasukan‘ sebelum melengkapkan atau membuat permohonan

Butiran lengkap bagi permohonan KV dan SMT pengambilan tahun 2017 akan dikemaskini sebaik sahaja sistem aplikasi permohonan dibuka. Harap maklum

Selamat membuat Permohonan 2017 Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda nanti

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here