Perhatian kepada pelajar lepasan SPM aliran agama yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6 di Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) bagi ambilan tahun 2019.
Bagi yang berminat anda boleh mengemukakan permohonan yang telah dibuka mulai 1 September sehingga 30 September 2018.
Syarat-syarat Kelayakan
Sila semak terlebih dahulu syarat kelayakan yang diletakkan oleh KISAS seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Memperolehi kepujian dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya 6C.
- Memperolehi kepujian dalam bahasa arab tinggi sekurang-kurangnya 6C.
- Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C.
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Pendidikan Al-Quran & As-sunnah
- Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
- Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
- Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) sekurang-kurangnya jayyid jiddan
- Lulus ujian khas kelayakan (temuduga)
Nota : Surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam STAM di KISAS akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui e-mel.
Cara Membuat Permohonan
Untuk calon yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin memohon perlu memuat turun borang permohonan dengan klik pautan berikut :
Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan sebelum atau pada 30 September 2018 ke alamat :
PENGARAH,
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
ARAS BAWAH DAN 2, LOT 2251,
JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(U.P: SEKTOR KEMAJUAN SEKOLAH AGAMA)
Bersama-sama borang permohonan berkenaan, sertakan juga 1 salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
- Keputusan SPM
- Kad pengenalan
- Surat Beranak
- Sijil Kokurkulum
- Sijil Menengah Agama (SMA)
Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan anda yang lain dan semoga berjaya kami ucapkan!
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter