Permohonan Kemasukkan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Teknik (SMT) 2017

724
views

Permohonan Kemasukkan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik | Pelajar Tingkatan 3 atau lepasan Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV), PT3, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2016 boleh membuat permohonan kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Januari tahun 2017

Capaian untuk permohonan secara atas talian (online) dijangka akan dibuka pada satu tarikh dalam bulan Oktober 2016

banner_kvsmt2

PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) TAHUN 2017

Pemohon boleh mengikuti kemaskini maklumat berkaitan seperti tarikh sebenar (rasmi) permohonan dibuka, pautan dan cara untuk membuat permohonan menerusi informasi yang akan dilengkapkan dalam ruangan berikut.

PerkaraButiran
Tarikh Rasmi Permohonan :11 Oktober 2016
Tarikh Tutup Permohonan :25 Disember 2016
Borang Permohonan :Sila Klik Sistem Aplikasi Permohonan Online Kemasukan Ke Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik
Portal Rasmi KPM :http://www.moe.gov.my
Portal Rasmi Pendidikan Teknik Dan Vokasional :http://www.bptv.edu.my

Nota : Pemohon boleh juga berhubung terus dengan Kolej (KV) atau Sekolah (SMT) yang berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Syarat Umum Kemasukan Murid / Pelajar

  • Warganegara Malaysia
  • Tingkatan Tiga Tahun 2016
  • Sihat dan Sesuai Fizikal
  • Bebas daripada Penyakit Kronik

Cara Membuat Permohonan Online

Permohonan hendaklah dibuat berdasarkan aliran murid atau pelajar Tingkatan 3 tahun 2016 melalui sistem aplikasi permohonan online.

Aliran PAV
Pelajar telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV

Aliran Perdana / Akademik / Agama
Pelajar menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :

  1. Pentaksiran Pusat (PT3)
  2. Pentaksiran Sekolah (PS)
  3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Nota :

Setelah memilih permohonan mengikut aliran masing-masing, pemohon boleh mengakses sistem permohonan dengan mengisi no My Kad pada ruangan yang tersedia.

Sekiranya pemohon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), sila maklumkan perkara ini kepada guru kelas atau pihak sekolah.

Sila dapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang terdapat pada Info Kemasukan

Pemohon dinasihatkan terlebih dahulu meneliti dan mendapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang terdapat pada ‘Info Kemasukan‘ sebelum melengkapkan atau membuat permohonan

Pautan Semakan Keputusan Permohonan KV Dan SMT Ambilan Januari 2017

Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2017

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter