Permohonan Kemasukan UiTM. Kepada pelajar lepasan SPM dan pelajar diploma UiTM yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi anda di UiTM.
Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, telah mewar-warkan Permohonan UiTM Online 2017-2018 Sesi 1 akan dibuka untuk dua kategori secara online. Permohonan Penerapan, Profesional/ PLK melalui UiTM dan lepasan SPM, STPM, Diploma dan setaraf melalui permohonan UPU 2017.
Permohonan UiTM 2017/2018 Sesi 1
Berikut adalah informasi mengenai permohonan kemasukan pelajar ke UITM untuk sesi akademik 1 2017/2018:
1) PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK
Permohonan dibuka bermula 16 Januari sehingga 3 April 2017. Sila layari UiTM Online untuk membuat permohonan.
2) LEPASAN SPM/ SETARAF, STPM/ SETARAF & DIPLOMA/ SETARAF
Kategori permohonan ini akan dibuka untuk permohonan bermula dari 6 Februari sehingga 31 Mac 2017. Pemohon perlu membuat permohonan di UPU online.
Info Berkaitan
Baca Juga : Permohonan UPU 2017 Online Untuk Universiti Awam dan Politeknik
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter