Sistem permohonan kemasukan sesi kedua (second intake) untuk UiTM akan dibuka pada 30 September 2019 untuk peringkat ijazah sarjana muda (Degree).
Permohonan dibuka untuk semua lepasan bagi peringkat pengajian ijazah sahaja. Berikut adalah hebahan daripada pihak UiTM.
Pengambilan Ke 2 Sesi 2019/2020 UiTM
Tarikh jualan nombor Pin dibuka adalah pada 30 September 2019 dan permohonan akan ditutup pada 4 November 2019.
Untuk mengetahui cara pembelian nombor Pin di BSN anda boleh rujuk artikel dibawah
Baca : Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN
Cara Membuat Permohonan
Sila klik link untuk membuat permohonan dibawah :
Cara Untuk Menyemak Syarat Kemasukan
Maklumat Penting
- Pastikan membeli No Pin yg betul mengikut lepasan.
- No Pin mula dijual bermula 30/09/2019 hingga 04/11/2019.
- No Pin permohonan UPU sebelum ini (Permohonan UPU sesi 1 RM15.60) tidak boleh digunakan untuk permohonan sesi 2 ke UiTM.
- Dinasihatkan membeli No pin yang baru untuk permohonan ke UiTM sesi 2.
Pembelian Nombor Pin Penerapan (RM10):
Pelajar yg menduduki semester akhir Diploma UiTM/KKB UiTM dan pelajar semester akhir Asasi Undang-Undang UiTM(PI005) (masih AKTIF sebagai pelajar dan belum tamat pengajian).
Pembelian Nombor Pin Sarjana Muda (RM17) :
Lepasan Diploma UiTM(sudah tamat pengajian)/KKB UiTM(sudah tamat pengajian)/Asasi UiTM (sudah tamat pengajian)/Asasi Sains UM/Diploma IPT lain / STPM / STAM dan Matrikulasi KPM.