Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2020/2021

688
views
Iklan Infopelajar2u

Berita baik kepada yang berminat untuk memasuki UiTM, permohonan untuk sesi kedua bagi tahun 2020/2021 akan dibuka.

Sistem permohonan kemasukan sesi kedua untuk UiTM bakal dibuka bermula 3 Ogos sehingga 30 September 2020 dan hebahan iklan akan bermula 2 Ogos ini.

Permohonan Kemasukan Sesi 2 UiTM

Anda boleh rujuk gambar rajah di atas untuk tarikh-tarikh penting bagi permohonan sesi februari ini.

Anda boleh membeli nombor PIN baru di BSN bermula 3 Ogos 2020 dan anda boleh rujuk artikel mengenai cara untuk membeli no PIN di BSN.

Cara Permohonan Kemasukan UiTM

Para calon boleh membuat permohonan melalui pautan yang disediakan dibawah :

Untuk membuat semakan kelayakan program kemasukan program anda boleh rujuk pada pautan di bawah :

Untuk Perhatian

  1. Pastikan membeli No Pin yg betul mengikut lepasan. Rujuk Cara Membeli Nombor Pin Unik UPU
  2. No Pin mula dijual bermula 3 Ogos 2020.
  3. No Pin permohonan UPU (RM15.60) (Permohonan UPU) tidak boleh digunakan untuk permohonan sesi 2 ke UiTM.
  4. Dinasihatkan membeli No pin yang baru untuk permohonan ke UiTM sesi 2.
  5. NO Pin Diploma Penerapan (RM10) BSN-Program 6 (Penerapan Pra Diploma ke Diploma) iaitu pelajar yg menduduki semester akhir Pra Diploma UiTM (masih AKTIF sebagai pelajar dan belum tamat pengajian).

Program Pengajian Yang Ditawarkan

  • Asasi Undang-undang UiTM
  • Program Diploma UiTM
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina UiTM

Nota : Bagi calon yang sudah berjaya ditawarkan masuk ke mana-mana universiti awam melalui ambilan UPU, anda tidak boleh memohon.

Semoga artikel ini bermanfaat buat pemohon yang ingin membuat permohonan dalam melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang disebutkan di atas.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here