Permohonan Kemasukan Sesi Kedua UiTM (Februari) 2019

3695
views
Iklan Infopelajar2u

Berita baik kepada yang berminat untuk memasuki UiTM, permohonan untuk sesi kedua iaitu kemasukan untuk bulan Februari akan dibuka.

Sistem permohonan kemasukan sesi kedua untuk UiTM bakal dibuka bermula 1 Oktober sehingga 5 November 2018 dan hebahan iklan akan bermula 30 September iaitu hujung bulan ini.

Kemasukan Sesi Kedua UiTM

Anda boleh rujuk gambar rajah di atas untuk tarikh-tarikh penting bagi permohonan sesi februari ini. Keputusan permohonan akan diumumkan bermula 12 Februari 2019.

Anda perlu membeli nombor PIN baru di BSN dan anda boleh rujuk artikel mengenai cara untuk membeli no PIN di BSN.

Nota : Bagi calon yang sudah berjaya ditawarkan masuk ke mana-mana universiti awam melalui ambilan UPU, anda tidak boleh memohon.

Semoga artikel ini bermanfaat buat pemohon yang ingin membuat permohonan dalam melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang disebutkan di atas.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter