Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 4 Tahun 2020

29
views

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) memperlawa calon-calon cemerlang yang berminat untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 4 SBP bagi tahun 2020.

Pelajar Tingkatan 3 yang sedang menunggu keputusan PT32019 kini boleh membuat permohonan kemasukan SBP secara online bermula dari 27 Ogos hingga 27 September 2019. Untuk makluman, pelajar boleh membuat permohonan SBP sebelum keputusan PT3 diumumkan.

Kemasukan SBP 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan SBP Tingkatan 1 2019 yang memaparkan tarikh penting, applikasi permohonan dan syarat permohonan.

Tarikh Buka : 27 Ogos 2019

Tarikh Tutup : 27 September 2019

Syarat Umum Pemilihan Pelajar

  • Pelajar mestilah warganegara Malaysia
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  • Pelajar cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  • Pelajar lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS)
  • Pelajar aktif dalam kokurikulum

Cara Permohonan Melalui Online

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun pengambilan 2020 boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sistem aplikasi dibawah :

Klik link :  Sistem Aplikasi Borang Online Permohonan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2020

Pakej Aliran Mata Pelajaran Yang Ditawarkan

Aliran matapelajaran yang ditawarkan di SBP adalah seperti berikut :

  • Sains Tulen
  • Sains Tulen Agama
  • Agama Ikhtisas
  • Tahfiz-Sains (TMUA)

Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian

  1. Permohonan ke SBP tidak bersyarat kecuali dibuka untuk murid Tingkatan Tiga (3) 2019 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Pelajar boleh memohon sebelum keputusan PT3 2019 diumumkan
  3. Untuk mengkakses sistem, pelajar hanya perlu memasukkan No Angka Giliran dan No Kad Pengenalan diruangan yang disediakan
  4. Tiada had dalam proses kemaskini permohonan. Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah
  5. Permohonan kemasukan ke SBP TIDAK MEMERLUKAN pengesahan mana-mana pihak atau dihantar ke mana-mana SBP.
  6. Calon tidak perlu menghantar sesalinan permohonan beserta dokumen ke mana-mana SBP

Maklumat Berkaitan

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here