Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Tahun 2020

378
views

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) memperlawa calon-calon cemerlang yang berminat untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 1 SBP bagi tahun 2020.

Nota : Bermula ambilan 2018, Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan diperkenalkan sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP hanya untuk Tingkatan 1.

 

Kemasukan SBP 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan SBP Tingkatan 1 2019 yang memaparkan tarikh penting, applikasi permohonan dan syarat permohonan.

Tarikh Buka : 27 Ogos 2019

Tarikh Tutup : 27 September 2019

Syarat Umum Pemilihan Pelajar

  • Pelajar mestilah warganegara Malaysia.
  • Bersekolah Kebangsaan (SK).
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP*.
  • Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019. *
  • Murid aktif dalam kokurikulum.

UKSBP* : Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh. Ia adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada sekumpulan murid terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Nota* : Permohonan boleh dibuat walaupun keputusan UPSR 2019 belum diumumkan.

Cara Permohonan Melalui Online

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun pengambilan 2020 boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sistem aplikasi dibawah :

Klik link :  Sistem Aplikasi Borang Online Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2020

Nota : Sila masukkan nombor angka giliran UPSR 2019 diruangan yang diminta bagi mengakses sepenuhnya sistem permohonan. Sekiranya akses disekat (no. angka giliran tidak diterima sistem), pemohon perlu merujuk pihak sekolah bagi mengemaskini maklumat dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian

  1. Borang permohonan online hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan Ibubapa / Penjaga / Guru. Pemohon tidak digalakkan mengisi borang permohonan online secara bersendirian.
  2. Pemohon dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online dengan betul dan tepat.
  3. Sebarang kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan kesilapan juga boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.
  4. Pemohon disarankan menyemak semula maklumat yang dilengkapkan / diisi dengan teliti sebelum mencetak. Pengemaskinian maklumat boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan.

Maklumat Berkaitan

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here