Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi Sesi 2019/2020

18280
views

Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM yang mana 90% adalah Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.

Kepada pelajar lepasan SPM 2018, Permohonan Program Matrikulasi di buka bermula dari 25 Februari 2019 sehingga tarikh tutup pada 19 April 2019. Untuk makluman, permohonan kemasukan perlu dibuat secara online.

Sistem Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi 2019/2020

Sebagai makluman, permohonan kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kolej-kolej Matrikulasi hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI).

Syarat Kelayakan Permohonan Kolej Matrikulasi

Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019 dan menghantar borang permohonan online bermula dari 25 Februari 2019 sehingga tarikh tutup pada 19 April 2019.

Untuk lebih lanjut sila klik link ini : Maklumat Permohonan Online Kolej Matrikulasi

Baca Juga : Senarai Kolej Matrikulasi KPM

Cara Memohonan Kolej Matrikulasi Secara Online

Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi laman web (portal rasmi) sistem aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI).

Pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan individu iaitu (PIN) dengan membayar RM10 kepada kaunselor / guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN untuk permohonan program Matrikulasi di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membolehkan mengakses borang permohonan online.

Nota : Pemohon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-8884 4083/4036/4040 atau melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan http://www.moe.gov.my

Baca : Panduan Permohonan UPU Online 2019 Serta Tarikh Penting

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter