Permohonan Kemasukan Ke Pusat Pembangunan Usahawan dan Kemahiran Negeri Perak

2368
views
Iklan Infopelajar2u

Permohonan kemasukan ke Pusat Pembangunan Usahawan dan Kemahiran Perak kini dibuka.

Kepada yang berminat untuk menyertai kursus bidang kemahiran secara Percuma Sepenuhnya di bawah tajaan Kerajaan Persekutuan dan sijil diiktiraf oleh SIRIM serta DIJAMIN PENEMPATAN KERJA di mana kami sendiri akan menempatkan anda di industri selepas tamat latihan bolehlah memohon sebelum tarikh tutup permohonan.

Permohonan Kemasukan Ke PESDC

Penubuhan PESDC bertujuan untuk menyediakan pusat penyaluran maklumat bagi membantu industri pembuatan agar dapat menerima maklumat teknologi terkini dalam usaha mewujudkan tenaga mahir atau separuh mahir terlatih bagi memenuhi keperluan guna tenaga di sektor perindustrian negeri Perak. Di samping itu, ia juga untuk menggalakkan pembangunan usahawan di dalam semua bidang industri.

Tarikh Permohonan Ditutup : Tiada

Syarat-syarat Kemasukan PESDC

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai sijil PT3/SPM dan Boleh Membaca, Menulis dan Mengira.
  • Mempunyai Sijil PT3/SPM dengan mendapat keputusan LULUS subjek Bahasa Melayu bagi semua kursus KECUALI kursus Kejuruteraan Automasi.
  • Sijil SPM dengan mendapat keputusan LULUS subjek Bahasa Melayu dan Matematik bagi permohonan kursus Kejuruteraan Automasi ATAU memiliki sijil dalam bidang berkenaan.
  • Sihat tubuh badan dan mental. Bebas daripada penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser dan sebagainya.
  • Berumur tidak kurang 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.

Cara Membuat Permohonan

Sila layari website berikut mengisi borang permohonan secara online :

Kursus Yang Ditawarkan

  1. Penyeliaan Operasi Teknologi Polimer (INJECTION MOULDING) (MC-101-3).
  2. Perkhidmatan Sokongan Kejuruteraan Automasi Industri (MC-091-2).
  3. Perkhidmatan Sokongan Kejuruteraan Automasi Industri (MC-091-2)
  4. Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam (MC-024-3)
  5. Automotif – Servis Selepas Jualan (TP-300-2)
  6. Operasi Pemesinan (MC-050-3/2)

Nota : Asrama dan Pengangkutan bagi pelatih luar negeri Perak disediakan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :

PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KEMAHIRAN PERAK
PESDC TRAINING COMPLEX
JALAN JOHAN 2/2, KAWASAN PERINDUSTRIAN PENGKALAN 2,
31550 PUSING, PERAK DARUL RIDZUAN

MR NG SOON HUAT/ CIK NURUL
05-3668869 (TEL)
05-3668870 (FAKS)

Selamat membuat Permohonan Kemasukan PESDC dan semoga anda berjaya. Kongsi kan jika maklumat ini berguna kepada anda dan rakan-rakan.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here