Permohonan Kemasukan Ke Pusat Kemahiran GIATMARA 2018

80764
views

Permohonan kemasukan ke Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA di seluruh Malaysia kini dibuka sehingga 31 Disember 2017 bagi sesi kemasukan Januari 2018.

Kepada yang berminat untuk menyertai kursus bidang kemahiran di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) bolehlah memohon sebelum tarikh tutup permohonan.

Permohonan Pusat Kemahiran GIATMARA

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Tarikh Permohonan Ditutup : 31 Disember 2017

Syarat Kemasukan Pusat GIATMARA

  • Bumiputera
  • Berumur minima 15 tahun
  • Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)
  • Sihat tubuh badan
  • Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga Elektrik

Cara Membuat Permohonan

Terdapat dua pilihan program di GIATMARA iaitu Sepenuh Masa dan Separuh Masa.

Program Sepenuh Masa

Untuk Permohonan Kemasukan Baru GIATMARA 2018 melalui Online, ianya hanya untuk pemohon program latihan secara SEPENUH MASA (full time).

Sila layari website berikut untuk mengisi borang permohonan anda: http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/

Program Separuh Masa

Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (part time), sila dapatkan di sini borang manual di pautan dibawah dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

Jurusan Kursus Yang Ditawarkan

Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut :

  1. Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
  2. Kluster Elektrikal (KEL)
  3. Kluster Elektronik Mekatronik
  4. Kursus Kluster Fabrik
  5. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  6. Kluster Hospitaliti
  7. Kursus Kluster Kulinari
  8. Kursus Kluster Mekanikal
  9. Kluster Pembuatan
  10. Kursus Kluster Pengangkutan
  11. Kursus Kluster Percetakan
  12. Kluster Senibina

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :

Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402
Fax : 03 2691 0249
e-mail : [email protected]

Selamat membuat Permohonan Kemasukan GIATMARA dan semoga anda berjaya. Kongsikan jika maklumat ini berguna kepada anda dan rakan-rakan.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

36 COMMENTS

  1. Boleh ke tidak sya nak ambil part time sabtu ahad utk kursus st.elektrikal.pw1 atau pw2.sebab sya sedang bekerja sebagai pengawal.kira mau tukar profesion kerja

  2. Saya nak tanya boleh atau tidak pelajar lepasan Diploma daripada Kolej Vakasional (DVM) dalam bidang kejuruteraan elektrikal untuk menyambung belajar AO dekat GIATMARA. Untuk info pelajar KV ini tidak menduduki SPM. Telah belajar di KV selama 4 tahun (DVM) dalam bidang elektrical.

  3. saya dah hantar permohonan gmtangga batu utk kemasukan 2018 secara online, mcamana nak semak status permohonan.

  4. Salam
    Anak saya berumur 16 tahun. Dia berminat nak ambil kursus elektrik di Giat MARA. boleh ke dia masuk masa umur 16 ni? Terima kasih.

  5. Saya ieza dri gombak.umur 40.sya ingin bertaya tentang krusus jahitan.bila bagai mna cara ye sya ingin memohon.asas jahitan saya ada pelajari.cuma sya ingin menambah ilmu .011-21295931

  6. Bolehkah pada tahun 2019 saya mengikuti kursus latihan di Giatmara batu kawan Pulau Pinang dalam bidang fesyen and dressmaking saya amat meminati ..dan bagaimanakah bayarannya

  7. Saya sye belajar sek tahfiz, tp dia xdpt sepenuhye mmghafal bolehkah sye hntr ank sye ke giat mara umur naru 14thn dan xde ape2 sijil

  8. Anak sye belajar di sek tahfiz, tp dia xdpt sepenuhye mmghafal bolehkah sye hntr ank sye ke giat mara umur baru 14thn dan xde ape2 sijil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here