Permohonan ke Timur Tengah (Mesir & Jordan) 2018 Lepasan STAM & SPM

778
views
Iklan Infopelajar2u

Perhatian kepada lepasan STAM dan STPM yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) bagi sesi 2018/2019, anda boleh mula membuat permohonan secara atas talian melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi mengingatkan kepada pelajar yang ingin menggunakan khidmat agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah, sebarang masalah yang timbul kelak adalah atas tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri kerana KPT TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Permohonan ke Mesir & Jordan 2018

Permohonan atas talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah pun dibuka pada 17 Januari 2018 (Rabu) bermula jam 12.00 tengahari dan akan ditutup pada 2 Februari 2018 jam 5.00 petang.

Manakala permohonan atas talian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut dibuka pada 17 Januari 2018 (Rabu) jam 12.00 tengahari dan akan ditutup pada 29 Mac 2018 iaitu selepas keputusan SPM diumumkan.

Untuk makluman, permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah melalui KPT ini hanya untuk bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi sahaja. Semak syarat kelayakan dan info mengenai tawaran sila klik senarai dibawah :

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya.

No. Tel : 03-8870 6627 / 6226 No. Faks : 03-8870 6853.

Emel : norwahidah@mohe.gov.my / zairina@mohe.gov.my

Fb : Education Malaysia Division

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here