Permohonan Intake Dalaman UiTM

2174
views
Iklan Infopelajar2u

Kepada mereka yang tidak mendapat tawaran mana-mana IPTA/matrik/STPM etc, boleh membuat permohonan Intake Dalaman UiTM, permohonann dibuat melalui portal UiTM akan dibuka bermula 4 JULY – 31 OGOS ini.

Kemasukan sesi Nov 2016. Semua program diploma ditawarkan KECUALI di Bawah Fakulti Sains Kesihatan dan Farmasi. Paling penting, mohon berdasarkan syarat kelayakkan dan minat.

Rujuk
Twitter : @uitm_si
Ask.fm : @uitmsi

Refer hashtag ini di twitter : #uitm_si

Cara apply #RayuanIPTA #IntakeUiTM Intake dalaman UiTM

1. Selalu check web permohonan UiTM (Semua info di situ)
2. Dip selalu buka : July (4 july -8 ogos)
3. Degree dibuka: Jan/Oct
*Apabila tarikh permohonan sudah dibuka*
4. Beli NO PIN UiTM di BSN
5. Mohon secara Online di web : https://t.co/YoyGwajNMk

Semua course diploma ditawarkan : https://t.co/126ABzFqIi

Check syarat kelayakkan course : https://t.co/BOBT0pHvTB

Disarankan untuk buat ujian ‘Selangkah ke UiTM’ :https://t.co/eeVpRMQMa9

Media sosial UiTM : https://t.co/LBaVlNmHSl

Share kepada rakan-rakan anda yang gagal mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran, semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat membantu mereka. Inshaa Allah, semoga segala urusan dipermudah.
Sebarang soalan boleh ajukan kepada kami dan pihak https://t.co/r2dsLblBbw

Sumber : http://online.uitm.edu.my/spm/

1) Sekiranya program pilihan anda tiada di dalam senarai pemilihan program, sila rujuk Bahagian Pengambilan Pelajar.

2) Sila tekan butang HANTAR setelah selesai mengisi Borang Permohonan untuk memastikan permohonan anda adalah muktamad. Sekiranya butang HANTAR tidak ditekan, permohonan anda tidak diterima.

3) Anda hanya dibenarkan mengemaskini maklumat anda sebanyak 3 kali sahaja. Sila menyemak dan mencetak borang permohonan anda.

4) Permohonan ini dibuka dari 4 Julai 2016 sehingga 8 Ogos 2016.

5) Syarat-syarat minimum kelayakan, sila klik SYARAT KEMASUKAN.

6) Sistem Semakan Syarat Khas Program bagi program yang ditawarkan, sila baca SYARAT KEMASUKAN.

SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA:

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh permohonan
  • Bumiputera Warganegara Malaysia
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dimohon
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM
    Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN memohon ke peringkat pengajian yang sama kecuali pada peringkat yang lebih tinggi.

7) Permohonan anda akan terbatal sekiranya anda didapati memberikan maklumat salah/tidak benar/memanipulasi maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan:

  • Kewarganegaraan Malaysia
  • Status Bumiputera
  • Kelayakan/keputusan peperiksaan

8) Sila pastikan anda membuat cetakan dan menyimpan borang permohonan anda sebagai rujukan.

9) Hebahan panggilan temu duga (PROGRAM BERTEMU DUGA SAHAJA) dan keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui online.uitm.edu.my

13537671_1166864720033173_5893256980051646289_n 13521835_1166864756699836_7267327213255420805_n

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here