Permohonan Bantuan Wang Pendaftaran Pelajar IPT 2020 iBita

115
views
Iklan Infopelajar2u

Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi iaitu iBita bagi anak-anak negeri tersebut bagi sesi kemasukan pengajian akan datang.

Matlamat pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban keluarga pelajar khususnya dalam kalangan keluarga B40 untuk menanggung kemasukan anak mereka ke IPT.

Bantuan Pendaftaran Pelajar IPT iBita

Jumlah bantuan yang diterima pelajar IPT yang layak menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pelajar yang belajar di universiti dalam Semenanjung Malaysia: RM1,000.00
  • Pelajar yang belajar di universiti Sabah dan Sarawak: RM1,200.00
  • Pelajar yang belajar di Politeknik Malaysia: RM300.00

Permohonan bantuan ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi pengajian peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan untuk iBita akan dibuka pada 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2020.

Semua permohonan adalah melalui online di laman web

Pemohon yang ingin memohon bantuan iBita boleh membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ibita.penang.gov.my/
  2. Klik bahagian ‘Login Pemohon.’
  3. Isikan maklumat pada ‘Daftar Maklumat Akses Pemohon’
  4. Klik butang’ Setuju & Daftar.’
  5. Login dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  6. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  7. Setelah selesai cetak borang permohonan tersebut.
  8. Hantar borang permohonan ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) bersama dokumen sokongan yang telah disahkan.
  9. Penghantaran borang permohonan boleh dilakukan sama ada oleh pemohon/ibu/bapa/penjaga/wakil.

Senarai Universiti Yang Layak Memohon iBita

Anak-anak Pulau Pinang yang bakal mendaftar pengajian mereka di 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia seperti dalam senarai di bawah sahaja layak memohon.

Pelajar di 20 buat IPTA tersebut yang layak memohon ialah:

  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)

Pelajat di 6 IPTS yang layak memohon ialah:

  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • Universiti Terbuka Wawasan (WOU)
  • Universiti AIMST (AIMST)
  • Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR)
  • Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang (KUKHC)
  • MSU College Penang

Pelajar di 36 buah Politeknik Malaysia yang layak memohon ialah:

  • Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)
  • Politeknik Metro Kuantan (PMKU)
  • Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)
  • Politeknik Metro Betong (PMBS)
  • Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)
  • Politeknik Ungku Omar (PUO)
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  • Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
  • Politeknik Kota Bharu (PKB)
  • Politeknik Tun Syed Nasir Ismail (PTSN)
  • Politeknik Besut (PBT)
  • Politeknik Bagan Datuk (PBD)
  • Politeknik Port Dickson (PPD)
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
  • Politeknik Seberang Perai (PSP)
  • Politeknik Melaka (PMK)
  • Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
  • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
  • Politeknik Merlimau (PMM)
  • Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
  • Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
  • Politeknik Muadzam Shah (PMS)
  • Politeknik Balik Pulau (PBU)
  • Politeknik Jeli (PJK)
  • Politeknik Nilai (PNS)
  • Politeknik Banting (PBS)
  • Politeknik Mersing (PMJ)
  • Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
  • Politeknik Tawau (PTS)
  • Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
  • Politeknik Sandakan (PSS)
  • Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
  • Politeknik Mukah Sarawak (PMU)

Syarat-Syarat Permohonan

Permohonan iBita tertakluk kepada beberapa syarat-syarat permohonan iaitu:

  • Pendapatan isi rumah keluarga pelajar iaitu gaji pokok termasuk elaun tetap tidak melebihi RM8,000.00.
  • Ibu/Bapa/Penjaga (salah seorang) pelajar mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
  • Hanya pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon.
  • Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan dan Program Asasi/Matrikulasi adalah tidak layak memohon.

Baca : Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 2020/2021

Maklumat Lanjut

Pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai Pejabat Tanah dan Daerah masing-masing seperti berikut:

  • Daerah Barat Daya: Mohd Idris Bin Ismail Dennie/ Noor Mahdini Binti Mohd Sabri (04-8689424/04-8689431/432)
  • Daerah Timur Laut: Juhana bt Johan/Najiha Nabila Binti Yusree/Siti Mariam bt Mohamad (04-6505533/04-6505528)
  • Seberang Perai Utara: Nor Zurina binti Abdullah/Siti Fatimah Binti Ahmad/Noor Faezah binti Adenan (04-5776505/04-5776515/04-5759963)
  • Seberang Perai Selatan: Aida Sofiah Bt Rusmahini/Rozaid bin Ali (04-5857814/04-5857821)
  • Seberang Perai Tengah: Sobri bin Shariff/Muhammad Azri Bin Mohd Nor (04-5488818/04-5488814)

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here