Permohonan Dermasiswa Pelajar ke Universiti di Timur Tengah

3737
views
Iklan Infopelajar2u

Sukacita dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) akan membuka tawaran Dermasiswa Pendidikan bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah (Mesir , Jordan & Morocco ) bermula 1 Februari 2017 (Rabu) sehingga 17 Februari 2017 (Jumaat ) dalam bidang pengajian seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Syariah
  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
  • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab
  • Ijazah Sarjana Muda Dirasat Islamiah
  • Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah

Semua permohonan yang akan dihantar ke MAIPk diingatkan supaya mendaftar dahulu dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memudahkan sebarang urusan.

Permohonan Pelajar ke Universiti di Timur Tengah

Dimaklumkan bahawa Universiti Al-Azhar, Mesir telah menetapkan syarat minimum kemasukan yang baharu bagi bidang Pengajian Islam lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) daripada MAQBUL ke JAYYID mulai sesi kemasukan 2017/2018.

Permohonan bagi lepasan STAM akan ditutup pada 2 Februari 2017 dan pemohon perlu hantar dokumen sokongan selewat-lewatnya pada 17 Mac 2017 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang. Sebarang permohonan yang lewat tidak akan diterima dan diproses.

* Sila baca Panduan Permohonan sebelum memohon masuk ke dalam sistem

Pada yang belum mendaftar boleh terus ke pautan dibawah.

Borang Permohonan Dermasiswa MAIPk

Borang permohonan boleh dimuat turun terus dari portal rasmi MAIPk seperti di bawah. Sila pastikan anda memilih borang yang betul iaitu :

  1. Klik pada Info
  2. Penerbitan & Muar Turun Borang Pengagihan Zakat
  3. Borang Permohonan Skim Bantuan ( Program Pembangunan Pendidikan)

Anda juga boleh klik terus pada pautan di bawah untuk download borang permohonan.

Nota : Diingatkan semua permohonan dermasiswa WAJIB menyertakan sekali cetakan permohonan dari Kementerian Pengajian tinggi yang telah diisi.

Syarat-syarat Permohonan

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia / Pemastautin tetap (kecuali Ibnu Sabil).
  3. Bermastautin di Negeri Perak.
  4. Tidak menerima bantuan pendidikan daripada mana-mana pihak / agensi.

Maklumat Lanjut

Anda boleh membuat pertanyaan lanjut kepada pihak Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) melalui laman sesawang www.maiamp.gov.my atau surat menyurat.

Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000
Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-208 4000 Faks: 05-241 4257

Anda boleh baca lagi Senarai Biasiswa pada pautan ini.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter