Permohonan Biasiswa Dr Abdul Kalam

576
views
Iklan Infopelajar2u

Berita baik kepada anda yang menyambung pengajian ke luar negara secara sepenuh masa di bawah Fakulti Kejuruteraan dan Informasi Teknologi, Universiti Sydney, Australia.

Universiti ini telah membuka tawaran biasiswa Dr Abdul Kalam untuk program Ijazah Sarjana Muda bagi pengambilan pelajar universiti itu pada tahun 2017.

Tarikh tutup Permohonan adalah pada 9 Januari 2017.Dr Abdul Kalam adalah presiden India yang ke 11. Beliau merupakan seorang saintis yang terkenal dan juga Jurutera Aeronautical.

Biasiswa yang disumbangkan oleh beliau ini adalah sebagai tanda sokongannya terhadap pelajar yang cemerlang untuk mendapatkan pendidikan terbaik sekali gus melahirkan pemimpin dunia yang hebat pada masa hadapan.

Kriteria dan Kelayakan Permohonan

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan berikut adalah kriteria yang wajib dipenuhi :

  1. Pemohon mestilah pelajar asing.
  2. Bergelar pelajar sepenuh masa di bawah Fakulti Kejuruteraan dan Informasi Teknologi, Universiti Sydney semasa tawaran biasiswa ini ditutup.
  3. Pemohon tidak menerima sebarang biasiswa lain daripada Universiti Sydney.
  4. Biasiswa ini meliputi pembiayaan 50% yuran pengajian dengan maksimum selama satu tahun

Untuk melihat tawaran biasiswa dan kelayakan permohonan secara rasmi yang dikeluarkan oleh Universiti Sydney klik pautan dibawah.

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan. Sila klik di sini untuk terus ke portal permohonan.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter