Permohonan Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak 2017

334
views

Tawaran Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak tahun 2017 kini dibuka untuk permohonan.Permohonan adalah terbuka kepada anak-anak Sarawak yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.

Kepada yang layak boleh memohon Skim Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak untuk melanjutkan pelajaran di Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Curtin University of Technology Miri Campus dan University College of Technology Sarawak, Sibu.

Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak 2017

Kriteria Permohonan

  1. Terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan peringkat Matrikulasi/ Asasi/ A-Level/ Diploma/ STPM atau yang setaraf dengannya dan mereka yang dalam pengajian dengan institusi berkenaan, yang sedang dalam pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas.
  2. Sifat kepimpinan yang tinggi dan penglibatan yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum merupakan kriteria tambahan yang boleh menyokong permohonan (sila kepilkan salinan sijil/dokumen yang telah disahkan)
  3. Pilihan kursus yang ditawarkan adalah terbuka kepada semua kursus pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Cara Untuk Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat secara “online” melalui laman web Yayasan Sarawak www.yayasansarawak.org.my .
  • Permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi masing-masing beserta salinan dokumen sokongan dan sijil yang sudah disahkan ;

Swinburne University of Technology Sarawak Campus
Jalan Simpang Tiga, 93350 Kuching
Tel : (082) 416 353 Fax: (082) 428 353

Curtin University of Technology Miri Campus
CDT 250, 98000 Miri
Tel : (085) 443 939 Fax : (085) 443 838

University College of Technology Sarawak
868 Persiaran Brooke, 96000 Sibu
Tel : (084) 367300 Fax : (084) 367301

  • Hanya calon yang telah disenaraipendek dan ditapis sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
  • Yayasan Sarawak berhak untuk mengubah mana-mana kandungan pada iklan ini.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan hendaklah sampai ke alamat seperti yang tertera diatas selewat-lewatnya pada JUMAAT, 7 APRIL 2017.