Perhatian kepada anda lepasan diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda, kini Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah membuka pengambilan kedua untuk sesi Februari.
Sebelum permohonan, anda dinasihatkan untruk merujuk syarat memohon program atau
kelayakan permohonan melalui pautan dibawah :
Permohonan Kemasukan ke UMK
Permohonan ditutup pada 31 Disember 2017.
Cara Membuat Permohonan
Kepada anda yang berminat untuk memohon bolehlah memuat turun borang permohonan melalui pautan yang disediakan dan mengisi borang permohonan berkenaan dengan lengkap.
- Muat Turun BORANG PERMOHONAN KE UMK FEB 2018
Permohonan yang lengkap boleh di scan dan dihantar ke [email protected] bersama-sama dengan salinan dokumen berikut :
- Kad Pengenalan Pemohon
- Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
- Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa
- Sijil dan Transkrip Diploma, Sijil Pelajaran Malaysia, Slip Keputusan MUET/Setaraf
- Sijil-sijil Ko-Korikulum yang berkaitan
Nota : Semua dokumen perlulah disahkan dahulu
Permohonan juga boleh dihantar ke alamat berikut :
Bahagian Pentadbiran Akademik
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok,
Beg berkunci No. 01
16300 Bachok Kelantan
Tel : 09-7797023 / 7010 / 7027
Faks : 09-7797002
Untuk semakan syarat kelayakan, SILA KLIK DISINI. Sekali lagi diingatkan, permohonan ini HANYA TERBUKA UNTUK LEPASAN DIPLOMA SAHAJA.
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter