TN50: Perlukah Mahasiswa Berpolitik?

339
views

Pada 2016, Malaysia dikejutkan dengan kejadian sebilangan mahasiswa dikenakan tindakan tatatertib di universiti sehingga ada yang digantung pelajarannya. Hal ini terjadi kerana tindakan menyalahi peraturan universiti kerana terlibat dalam gerakan politik.

Namun, tindakan universiti dianggap dangkal walaupun termaktub dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) 1974 pindaan 2012, iaitu mahasiswa diberikan kebebasan untuk beraktiviti di luar universiti atau menyertai parti politik.

Merujuk kepaada isu ini, antara gagasan Transformasi Nasional 50(TN50), kerajaan akan membuka lebih banyak peluang kepada mahasiswa berinteraksi dengan kerajaan melalui ruang perbincangan dan forum.

Sebagai contoh, Perdana Menteri, Dato Seri Najib mengadakan satu forum dengan pelajar Universiti Malaya bagi bertukar pandangan bagi membolehkan mahasiswa mengetahui dengan lebih mendalam matlamat TN50.

“Berikan aku sepuluh pemuda, maka akan ku goncang dunia” adalah sesuatu yang dikatakan oleh Sukarno iaitu Presiden pertama Indonesia.

Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata “mahasiswa golongan bijaksana, jadi mereka mesti menjadi ahli politik yang lebih baik daripada ahli politik sedia ada. Mereka perlu menukar politik negara daripada yang berbentuk serangan kepada yang berbentuk intelektual.”

Ini menunjukkan mahasiswa perlu bijak menilai pandangan dan perjuangan politik di negara ini sekiranya mahu berpolitik bagi memastikan mereka tidak menjadi boneka pihak yang berkepentingan.

Mahasiswa hendaklah berpolitik kerana pengalaman dalam berpolitik mampu mendidik mereka untuk mewarisi kepimpinan negara.

Oleh: Muhamad Azri Afiq Bin Azalan