90% peserta temuduga tidak bersedia atau sambil lewa menghadapi temuduga kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum menghadapinya. Kekurangan pengetahuan dan pendedahan tentang teknik menghadiri temuduga salah satu sebab mengapa graduan universiti atau kolej gagal dalam temuduga.
Baca : Program Temuduga Terbuka SL1M Zone Tengah 2017
Tidak bersedia dari segi komunikasi atau pertuturan adalah penyebab utama peserta temuduga hilang idea bercakap di depan panel. Penampilan diri yang salah menyebabkan peserta temuduga gagal diterima. Over Confident salah satu faktor utama kegagalan calon yang telah menghadiri temuduga.
Perkara Yang Jangan Anda Lakukan Semasa Temuduga
Perkara yang anda perlu lakukan dan jangan lakukan semasa menghadiri temuduga bagi memudahkan sisi temuduga anda berjalan dengan lancar.
1. Jawapan Tidak Bersungguh atau Tidak Sopan
“A’ah” adalah salah satu jawapan yang sangat dilarang ketika temuduga ini kerana mereka akan menganggap anda kurang sopan dan tidak bersungguh untuk berkerja.
Jangan gunakan bahasa pasar, slang atau kata-kata seperti ‘uh’, `hmmm’ dan sebagainya.
2. Nada Suara Terlalu Slow atau Terlalu Kuat
Pastikan anda kawal intonasi suara anda supaya tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.
Suara yang bertenaga menggambarkan keyakinan, jika anda bercakap terlalu lemah-lembut ia mengambarkan anda masih tidah bersedia.
3. Menganggu perhatian Panel Temuduga
Perbuatan seperti garu kepala,mengeleng-geleng kepala kepala tanpa sebab dan bermain dengan pen boleh menyebabkan perhatian panel temuduga terganggu dan melihat anda tidak bersedia untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Dan diingatkan supaya JANGAN menjawab sebarang panggilan telefon bimbit ketika sesi temu duga. Pastikan anda sudah senyapkan atau matikannya.
4. Memanggil Nama Panel Temuduga tanpa Gelaran
Mungkin sebelum ini pernah viral seorang Dr dimarah dan dimaki oleh netizen kerana menyuruh seorang peniaga online memanggil beliau dengan gelaran Dr atau Puan walaupun ramai yang hentam Dr tersebut namun didalam dunia profesional anda harus/wajib memanggil seseorang dengan gelaran yang sepatutnya.
5. Terburu-buru Mengenai Pekerjaan yang Ditawarkan
Elakkan supaya bertanyakan mengenai hal gaji, cuti, bonus atau faedah sehingga anda benar-benar menerima tawaran kerja itu tapi sentiasa bersedia jika ditanyakan soalan sebegitu.
Kesimpulan
Sebenarnya terdapat banyak lagi tips yang boleh diikuti, anda boleh baca artikel yang telah kami kongsikan sebelum ni. Contohnya 7 Soalan dan Tips Ketika Temuduga dan Rahsia Bijak Temuduga Kerja.
Kami berharap dengan perkongsian perkara yang dilarang semasa temuduga ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk anda menghadapi temuduga
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter