Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM yang mana 90% adalah Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambilalih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut.
Kelebihan Program Matrikulasi
Matrikulasi adalah pilihan terbaik untuk pelajar pra-universiti kerana ia lebih mudah dan yurannya yang murah. Bagaimanapun, terdapat persaingan yang kuat dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan undang-undang.
Syarat Kemasukan Program Matrikulasi
Program matrikulasi terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT).
Program Satu Tahun (PST)
- C dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Kimia
- B dalam Matematik
- C dalam satu subjek sama ada Fizik atau Biologi, dan Prinsip Akaun
- E dalam Matematik Tambahan
- C dalam dua subjek berikut: Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains Asasi, Fizik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Lukisan Teknikal
Program Dua Tahun (PDT)
- C dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan Kimia
- D dalam Matematik
- C dalam satu subjek berikut: Fizik, Biologi, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Program Yang Ditawarkan
Program Matrikulasi menawarkan tiga(3) jurusan pengajian:
Jurusan Sains
- Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
- Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
- Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer
Jurusan Perakaunan
- Matematik
- Perakaunan
- Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi
Aliran Teknikal
- Matematik
- Kimia Kejuruteraan
- Fizik Kejuruteraan
- Pengajian Kejuruteraan
Kaedah Penilaian Program Matrikulasi
Pengajian
PST akan bermula pada April sementara PDT akan bermula pada Mei. Satu-satunya perbezaan antara PST dan PDT:
PDT: Mata pelajaran diajar merentangi 2 tahun. PDT membolehkan pelajar yang agak lemah sedikit dapat menamatkan kursus mereka. PDT hanya ditawarkan kepada pelajar bumiputera.
PST: Mata pelajaran diajar dalam tempoh setahun.
Peperiksaan
Pelajar dikehendaki mendapat CGPA 2.0 dan ke atas, jika gagal, pelajar perlu untuk mengulangi kertas peperiksaan semula.
Nilai
Gred dikira melalui Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sistem (PNGK). PNGK tertinggi adalah 4.0, dan gred ini adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan yang terdiri dalam 0% -100% bagi setiap mata pelajaran.
Senarai Kolej Matrikulasi
Berikut dikongsikan Senarai Kolej Matrikulasi KPM mengandungi maklumat tentang lokasi/ alamat, telefon/ faks serta e-mel/ laman web seperti dikongsikan dari Portal Rasmi KPM.
Baca Juga : Diploma atau Matrikulasi? Mana Satu Yang Lebih Baik
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter