Peperiksaan UPSR & PT3 Tahun 2020 Dibatalkan

234
views
Iklan Infopelajar2u

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020.

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata keputusan tersebut akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Peperiksaan Tahun 2020 Dibatalkan

Menurut KPM, pembatalan ini takkan menjejaskan tahap penilaian murid kerana penilaian boleh dilakukan dengan kaedah lain yang akan diperkenalkan nanti.

Memandangkan peperiksaan UPSR adalah penilaian untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh, MRSM, Maktab Tentera Diraja, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), satu penilaian yang akan dilaksanakan dimana tidak tertumpu kepada prestasi akademik sahaja. Kaedah berkenaan akan dimaklumkan kelak.

Bagi PT3 pula, pembatalan peperiksaan ini tidak akan menjejaskan tahap penilaian murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah sama seperti UPSR juga akan dilaksanakan untuk pemilihan kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

Walaupun kedua-dua peperiksaan awam tersebut dibatalkan, beliau berkata KPM akan memastikan akses murid kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap diberikan keutamaan.

“KPM ingin menegaskan bahawa pembukaan semula sesi persekolahan selepas PKP adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan murid,” tambahnya.

Video Penuh Sidang Media

Sumber Lain

Disertakan juga sumber lain yang mungkin berguna untuk anda.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here