Mulai Tahun 2019 Peperiksaan Darjah 1,2,3 akan Dimansuhkan

581
views

Seperti sedia maklum, Menteri Pendidikan Maszlee Malik telah memaklumkan bermula pada tahun 2019 peperiksaan bagi murid tahap 1 iaitu tahun 1, 2 dan 3 akan dimansuhkan menerusi akaun twitter rasmi beliau.

Peperiksaan yang dimansuhkan tersebut bakal digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.

Peperiksaan Darjah 1,2,3 Dimansuhkan

Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut berhubung keputusan itu dan penilaian secara objektif yang dimaksudkan itu belum dinyatakan secara spesifik lagi.

Selepas dilantik ke jawatan itu, Maszlee melaksanakan beberapa pembaharuan terhadap sistem pendidikan negara seperti :

  • Mengurangkan kerja pentadbiran guru,
  • Murid tidak perlu menggalas beg sekolah berat,
  • Meningkatkan penggunaan bahasa Malaysia dan
  • Menggalakkan pelajar menguasai lebih 3 bahasa.

Pengumuman baru-baru ini mengenai pemakaian kasut hitam di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan berkuat kuasa 2021 berbanding kasut putih mencetuskan kontroversi sehingga ada yang mendakwa beliau silap dalam meletakkan keutamaannya.

Diharapkan dengan perubahan ini, dapat melahirkan masyarakat yang bukan sahaja cerdik pandai tetapi beradab. Sama-sama kita nantikan penguguman rasmi berkaitan silibus pentaksiran terbaru itu kelak.