Pendaftaran Sekolah Darjah Satu Secara Online

224
views

Perhatian buat mak ayah yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2012 & 2013 iaitu berumur 5 dan 6 tahun. Sekarang, pendaftaran darjah satu secara online telah dibuka bermula 1 Mac 2018 bermula jam 10 pagi.

Cara Mendaftar Permohonan ke Tahun 1

Sila layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan yang disediakan dibawah.

Borang yang telah siap diisi nanti perlu di cetak dan serta bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

Dokumen yang Diperlukan

  • Sijil lahir anak (salinan + asal)
  • Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
  • Surat nikah / cerai (salinan + asal)
  • Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
  • Sampul surat standard dan setem
  • Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan

Pendaftaran dibuka bermula 1 Mac hingga 30 April 2018. Jika anda rasa post ini bermanfaat, silalah share kepada rakan-rakan yang lain.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter