Perhatian buat calon yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET Sesi Julai 2017. Pendaftaran MUET Julai 2017 secara online akan dibuka pada hari 15 Mac 2017.
Calon yang ingin mendaftar di nasihatkan untuk mengisi borang pendaftaran mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam Kalendar MUET 2017. Permohonan yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan untuk menduduki peperiksaan.
Pendaftaran Online MUET Julai 2017
Berikut adalah tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET sesi Julai 2017 yang mengandungi tarikh daftar, ujian speaking dan bertulis.
Tarikh pendaftaran dibuka adalah 15 Mac 2017 dan akan ditutup pada 11 Mei 2017
Tarikh Ujian Speaking diadakan 11, 12, 13, 17, 18 & 19 Julai 2017 manakala Ujian Bertulis pada 29 Julai 2017
Panduan Cara Mendaftar MUET
Calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi Mac 2017 boleh mendaftar dengan mengisi Borang Pendaftaran MUET Sesi Mac 2017 secara online di laman sesawang MPM di
- Login eSubmission MPM online
- Klik butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’
- Calon dinasihatkan untuk membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal
Manual Pengguna Pendaftaran MUET Calon Persendirian
Semoga panduan cara membuat Pendaftaran MUET Sesi Mac 2017 Online ini bermanfaat buat semua calon. Diucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan MUET 2017 dengan keputusan yang cemerlang.
Info yang baik
Assalamualaikum. Saya nak tanya. Kalau dah daftar pengguna pada Calon Persendirian” dan ingin menukar ke “Sekolah”, bolehkah pakai no pin yang sama? Atau kena beli no pin yang baru?
Perpindahan dari satu pusat ke satu pusat ujian yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Permohonan untuk berpindah pusat ujian dalam bandar yang sama tidak dibenarkan. Pemohon hendaklah melengkapkan borang Permohonan Perpindahan Pusat Ujian (MUET/C2) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
Bayaran perpindahan pusat ujian ialah RM25.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan.
Untuk mendapatkan borang MUET/C2, sila klik http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/1702150b-7b63-4e4f-8c91-a0b55942b5fe
Nak tanye saye bru habes dip. Saye nak mohon muet. Gune kad pelajar tK? Sebb kad pljr hilang
tak perlukan kad pelajar
Saya sedang cuti sem tapi nak jawab muet dekat sekolah area tempat saya ni. macam mana ea nak daftar?
kenapa pusat kekosongan tiada ni
daftar dulu di mana-mana kawasan kosong yang terdekat . nanti buat permohonan untuk tukar tempat peperiksaan
https://www.infopelajar2u.com/permohonan-perpindahan-pusat-ujian-muet/
Selangor tak kan xde kekosongan. saya belajar di trengganu sekarang cuti sem takkan saya kena ambik kat trengganu
cari kawasan selangor atau yang terdekat, tak pun daftar je dulu mana-mana. nanti buat permohonan untuk tukar tempat peperiksaan
macam mana nak ambil muet untuk dua kali? sy tak berpuas hati sebab dapat band 2…
hai, awak boleh daftar untuk sesi yang baru. step sama macam awak daftar muet yang dulu