Pertandingan peringkat universiti dari seluruh dunia itu berlangsung di Hosei University Tokyo, Jepun.
Enam pelajar yang menyertai pasukan berkenaan ialah Wan Muhammad Asyraf Wan Mohd Nazri, 23, Muhammad Farhan Mohamad, Fabian Andrew Anak Jesson, Muhammad Azhar Zahidan, Mohamad Nasri Ahmad Maidin dan Muhammad Shahrulnidzam Abdul Manap, semuanya 24 tahun.
Ketua pasukan, Mohamad Nasri berkata, pertandingan berkenaan adalah penyertaan kali pertama mereka pada peringkat antarabangsa.
30 Negara Sertai Pertandingan
“Kemenangan ini cukup bermakna kerana pada peringkat akhir, kami berjaya menewaskan pasukan ternama dari Jepun, India dan Australia.
“Penyertaan dalam pertandingan ini dapat mendedahkan kami kepada penciptaan robot sebagai produk komersial,” katanya di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata, pertandingan anjuran Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE) – Persatuan Automasi dan Robotik (RAS) itu disertai oleh pasukan dari 30 negara.
Mohamad Nasri berkata, pasukan mereka memenangi pingat emas bagi kategori Dance Robot dan Robot Pride
Katanya, mereka membawa pulang pingat, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter