Panduan Sebelum Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) IPG

994
views

Khas buat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan tahun 2019 di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Sebelum mendapat tawaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah ditetapkan, calon perlu melalui beberapa tapisan peringkat pemilihan di antaranya seperti Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Temu Duga dan Ujian Kelayakan Fizikal (UKF). Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan semakan panggilan Temuduga IPG meliputi tarikh dan aplikasi semakan.

Peraturan Menduduki UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru PISMP)

Berikut kami kongsikan Peraturan Menduduki UKCG PISMP yang merangkumi peraturan pemakaian, peraturan semasa ujian bertulis dan ujian kecergasan:

Baca : Tarikh Penting & Cara Semakan Keputusan IPG 2019

1. Peraturan Pemakaian

Secara umumnya, calon hendaklah memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian semasa ujian UKCG. Berikut dikongsikan Peraturan Menduduki UKCG PISMP dari segi pemakaian:

# Lelaki

Bagi lelaki, penampilan dan pemakaian hendaklah mengikut garis panduan berikut:

  • Seluar track bottom berwarna hitam atau biru beserta T-shirt putih berkolar. Dilarang memakai seluar jeans.
  • Kasut sukan bersama stokin berwarna putih. Dilarang memakai sandal atau selipar.
  • Rambut mestilah pendek dan kemas. Jangan mencecah kolar baju atau mewarnakannya.

# Perempuan

Bagi perempuan, penampilan dan pemakaian hendaklah mengikut garis panduan berikut:

  • Seluar track bottom berwarna hitam atau biru. T-shirt hitam atau gelap yang mempunyai lengan panjang. Dilarang memakai seluar jeans.
  • Kasut sukan bersama stokin berwarna putih. Dilarang memakai sandal atau selipar.
  • Bertudung gelap atau berwarna hitam.
  • Memastikan rambut kemas dan mengikatnya dengan rapi.

2. Peraturan Ujian Bertulis

Untuk ujian bertulis, calon hendaklah mematuhi peraturan-peraturan berikut:

# Perkara Perlu Dibawa

  • Antara perkara yang perlu dibawa ke pusat ujian adalah:
  • MyKad atau Kad Pengenalan diri serta Surat Beranak.
  • Serahkan Surat Panggilan UKCG serta Slip Kehadiran kepada Ketua Pengawas atau pengawas di pusat ujian. Kedua-dua dokumen tersebut boleh dicetak daripada internet.
  • Pensel 2B serta pemadam.

# Perkara Yang Dilarang

Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang semasa menjalani ujian. Ini termasuk barangan yang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk, keluar atau jenis-jenis perbuatan yang dilarang.

  • Membawa masuk bahan rujukan atau alatan bantuan seperti:
  1. Buku
  2. Kamus
  3. Telefon Bimbit
  4. Alat Perakam
  5. Kalkulator
  6. Kamera
  7. Kertas
  8. Barang-barang lain yang dilarang
  • Membawa keluar pada bila-bila masa:
  1. Buku soalan
  2. Kertas Jawapan Berkomputer
  3. Kertas Kira Kasar
  • Meniru.
  • Menjadi wakil untuk orang lain yang mengambil ujian.
  • Beri atau terima bantuan ketika ujian.
  • Melakukan apa-apa jua bentuk komunikasi semasa ujian.
  • Menyalin soalan tidak kira dengan menulis atau elektronik.

Nota : Calon dinasihatkan agar berada di lokasi ujian 30 minit sebelum ujian dimulakan. Calon yang lewat ketika ujian tidak akan memperoleh masa tambahan untuk menjalani ujian. Sekiranya calon lambat hadir setelah ujian berlangsung selama 10 minit, calon tidak akan diberi kebenaran untuk menjalani ujian.

3. Peraturan Ujian Kecergasan

Berikut dikongsikan peraturan yang perlu dipatuhi ketika menjalani ujian kecergasan:

  • Calon hendakah memastikan bahawa Surat Akuan Calon (SAC01) telah diserahkan kepada pengawas bertugas. Surat tersebut dapat dicetak daripada internet.
  • Ikuti segala arahan daripada pegawai atau pengawas yang terlibat dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Diharap agar maklumat berkaitan Peraturan Menduduki UKCG PISMP ini dapat menjadi rujukan berguna buat semua. Selamat menduduki ujian dan semoga berjaya!

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here