Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

79285
views

Nombor Unik ID untuk permohonan UPU boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja)

Berikut adalah Cara Membeli Nombor Pin Unik UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA serta lain-lain UA.

Untuk makluman penting seperti tarikh buka dan tutup pembelian, sila rujuk Laman Web BSN di Pembelian PIN BSN. Senarai kategori permohonan UPU pula boleh dirujuk di Laman Web UPU atau ke pautan di bawah.

Pembelian boleh dibuat mulai 25 Februari 2019. Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan.

Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Berikut dikongsikan 3 cara atau langkah untuk membeli Pin Unik ID/ No.Pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) :

1. Kaunter BSN

Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN dengan membawa IC & duit untuk jumlah bayaran yang akan dikenakan.

* Cara kedua dan ketiga memerlukan pemohon mempunyai akaun BSN dan kad BSN.

Nombor pin unik ID UPU di BSN adalah berharga RM15.64 dan boleh dibeli bermula pada tarikh sistem aplikasi permohonan UPU online dibuka secara rasmi

Nota : Penjualan PIN UPU ONLINE sesi akademik akan ditutup sehari sebelum tarikh permohonan tamat.

2. ATM ( Automated Teller Machine )

  1. Masukkan Kad  dan No Pin
  2. Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
  3. Klik Jenis Permohonan – ‘IPTA’
  4. Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM”
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
  6. ‘YA’untuk meneruskan urusan
  7. Semak Maklumat
  8. Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
  9. Resit Dicetak.

*Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan

3. SMS Banking

Pemohon perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Berikut langkah atau cara untuk mendaftar di ATM atau CDM :

  1. Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
  2. Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
  3. Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  4. Masukkan No. Telefon Bimbit
  5. Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  6. SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.

Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli No Unik UPU melalui sms.

contoh : PIN 012345 SPM 950101010101

*M-PIN ADALAH NO PIN KAD MATRIX BSN

Jenis Pembelian PIN

  • Permohonan UPU.
  • Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
  • Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi KPM College.
  • Melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti KPTM dan Politeknik
  • Permohonan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM.
  • Melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
  • Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke UNISEL.
  • Permohonan Pinjaman PTPTN.

Senarai pembelian No PIN Unik di BSN boleh dirujuk di Portal BSN.

Semoga Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN ini bermanfaat buat pemohon yang ingin membuat permohonan dalam melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (UA) yang disebutkan di atas.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter