Panduan Membayar Pinjaman PTPTN di 7Eleven

105
views

Baru-baru ini pihak PTPTN telah mengumumkan salah satu saluran bayaran balik pinjaman PTPTN sudahpun boleh dibuat di 7Eleven.

Jadi disini kami akan kongsikan cara bagaimana anda sebagai peminjam boleh membayar balik hutang PTPTN yang mana hanya serendah RM10 melalui 7Eleven.

Cara Bayar PTPTN di 7Eleven

Langkah-langkahnya adalah seperti yang berikut :

Cara Bayar PTPTN

1. Klik link ini untuk mula buat pembayaran : https://www.ptptn.gov.my/molpay/. Kemudian masukkan No Kad Pengenalan Peminjam/Pendeposit dan klik butang CARI.

Cara Bayar PTPTN

2. Klik TERUSKAN untuk membuat pembayaran.

3. Isikan semua maklumat yang diperlukan, kemudian klik SETERUSNYA.

4. Maklumat akan dipaparkan semula untuk review, seterusnya klik PEMBAYARAN untuk membuat bayaran.

5. Maklumat pembayaran dipaparkan, klik pada kotak setuju, kemudian klik PROCEED.

6. Seterusnya anda perlu walk-in ke 7Eleven dengan membawa maklumat pembayaran yang telah dicetak dan buat pembayaran tunai di kaunter dalam tempoh yang dinyatakan dalam resit maklumat pembayaran tersebut seperti contoh dibawah. Selepas itu, cashier akan scan bar code tersebut dan anda bolehlah membuat bayaran.

Nota : Mesti ada yang keliru, boleh bayar terus ke 7Eleven ke atau bayar melalui laman web MOLPay. Sebenarnya MOLPay adalah saluran untuk buat pembayaran tetapi langkah terakhir iaitu membuat bayaran di kaunter 7Eleven.

Anda juga boleh baca Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik PTPTN dan Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Kepada Biasiswa.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter