Panduan Dan Borang Rayuan Tingkatan 6

1653
views

Semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah Sesi 2017/ 2018 telah diumumkan pada 16 April 2017. Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 dengan mengisi borang rayuan Tingkatan 6 2017.

Cara Membuat Rayuan Tingkatan 6 2017

Berikut dikongsikan cara-cara membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2017 mengikut kategori pelajar/ jenis borang rayuan seperti berikut :

BORANG T6BKK

Borang T6BKK ini adalah untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam jika tidak ditawarkan berkemungkinan tidak memenuhi syarat kelayakan akademik kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK).

Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Keputusan peperiksaan SPM 2016
  • Sijil kelahiran,
  • Kad pengenalan/passporT
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Dokumen-dokumen lain yang berkenaan

Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada bulan Mei 2017 dan permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Lulus dalam peperiksaan SPM 2016 dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum
  2. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain
  3. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am
  4. Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik

Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua pemohon mulai awal Jun 2017.

Klik untuk muat turun borang : T6BKK BAGI CALON SEKOLAH KERAJAAN

BORANG T6BCP

Borang T6BCP ini adalah untuk CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA & SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI yang memohon memasuki Tingkatan Enam Tahun 2017 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.

Berikut adalah dokumen yang hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Keputusan peperiksaan SPM 2016
  • Sijil kelahiran,
  • Kad pengenalan/passport
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil-sijil persekolahan menengah.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran dengan rumah pemohon.

Tarikh tutup permohonan ialah pada bulan Mei 2017 dan ermohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Lulus dalam peperiksaan SPM 2016 dengan memperolehi pencapaian akademik yangtelah ditetapkan;
  2. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana- manamata pelajaran lain
  3. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am

Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri kepada semua pemohon melalui Sekolah Pusat Tingkatan Enam masing-masing atau dimaklumkan oleh Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah kepada semua pemohon melalui surat.

Klik untuk muat turun borang permohonan : T6BCP BAGI CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA & AGAMA.

BORANG T6BRTJ

Borang T6BRTJ ini adalah untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan menukar jurusan Tingkatan Enam Tahun 2017. Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Keputusan Peperiksaan SPM 2016
  • Inventori Minat Kerjaya
  • Dokumen yang berkaitan

Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah dengan mendapat perakuan Pengetua sekolah di mana murid berkenaan ditawarkan sebelum ini.

Tarikh tutup permohonan ialah pada bulan Mei 2017, permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi tidak akan dipertimbangkan dan kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat.

Klik untuk muat turun borang permohonan : T6BRTJ UNTUK RAYUAN MENUKAR JURUSAN.

BORANG PUA275

  1. Semak dengan teliti dan pastikan jurusan yang diingini ada ditawarkan di sekolah itu.
  2. Lengkapkan borang P.U.(A) 275 di bawah dan sertakan bersama dokumen sokongan yang telah disahkan. (Alasan yang munasabah perlu diisi dalam borang untuk meningkatkan peluang kelulusan).
  3. Berjumpa dengan pengetua atau guru di sekolah yang ditawarkan tingkatan 6 sebelum ini untuk mendapatkan tandatangan kelulusan daripada pengetua.
  4. Sekolah akan menghantar borang permohonan anda ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berkaitan.

Nota : Faktor utama kelulusan pertukaran ialah terdapat kekosongan tempat di sekolah yang diminta. Surat pemberitahuan keputusan dihantar ke alamat pemohon.

Klik untuk muat turun borang : PUA275 PERMOHONAN MENUKAR SEKOLAH TINGKATAN 6

BORANG T6BRU

Borang T6BRU ini adalah untuk murid membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2017 kecuali Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Keputusan peperiksaan SPM 2016
  • Sijil kelahiran,
  • Kad pengenalan/passport
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Dokumen-dokumen lain yang berkenaan

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Bahagian (kecuali sekolah menengah harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada bulan Mei 2017 permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi tidak akan dipertimbangkan. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Lulus dalam peperiksaan SPM 2016 dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan
  2. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana- manamata pelajaran lain kecuali MBK
  3. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am
  4. Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik

Walau bagaimanapun, kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 13 Jun 2017.

Klik di sini untuk memuat turun borang : T6BRU BAGI CALON SEKOLAH YANG LAYAK TETAPI TIDAK MENDAPAT TAWARAN ATAU TIDAK MELAPOR DIRI ATAU MENOLAK MATRIKULASI/IPTA/IPTS ATAU SEBAB-SEBAB LAIN.

Info Lanjut

Pelajar boleh memuat turun panduan rayuan, borang rayuan dalam PDF dan dokumen berikut sebagai panduan :