Kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk menduduki peperiksaan MUET sediada iaitu Mac, Julai dan November. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), kini menawarkan Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang mula diperkenalkan bermula bulan April 2018.
Penawaran MoD ini antara lain dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET.
Pengenalan MUET on Demand
Berikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) buat panduan pelajar.
- Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
- Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.
- Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
- Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan
diadakan.
Baca : Syarat Keputusan MUET Ke IPTA
Kalendar Peperiksaan Muet On Demand
Cara Mendaftar Muet on Demand
Sila tekan pautan yang disediakan dibawah untuk mendaftar :
Tiket Ujian MoD akan dikeluarkan kepada calon selepas calon mendaftar
Nota : Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon yang mendaftar dikehendaki melayari Portal MPM untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang MoD dari masa kesemasa.
Perbezaan MUET Sediada Vs MUET MoD
Rujukan Soalan Peperiksaan MUET
Mahu dapatkan panduan dan rujukan untuk persediaan peperiksaan MUET? Boleh dapatkan menerusi pautan di bawah ini.
Elakkan diri dari mencari jawapan di internet, kerana ada sesetengahnya itu sudah outdated. Selamat maju jaya kepada semua yang bakal menduduki muet.
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter