Cara Mohon Transkrip Akademik dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian UiTM

104383
views
Iklan Infopelajar2u

Baiklah kali ini kami akan kongsikan cara nak memohon transkrip and surat tamat pengajian khas untuk student uitm sahaja.

Terdapat 2 cara untuk memohon. Caranya adalah dengan walk in ke pejabat UiTM atau mohon secara online.

Cara Mohon Transkrip Akademik

Walk-In tu basically hanya untuk hantar borang kat Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen sahaja. Proses akan memakan masa dalam lebih kurang 5 hari. Selepas itu barulah datang semula dan boleh ambil semua dokumen kat sana.

Permohonan Online juga memakan proses 5 hari juga. Cuma semua dokumen akan dihantar melalui post (jangka masa untuk terima bergantung kepada jenis post yang digunakan). Kepada yang tidak memerlukan dokumen tersebut dalam jangka masa terdekat bolehlah gunakan cara ini.

Langkah Membuat Permohonan Online

1. Download dan Isi Borang

Anda boleh dapatkan borang di website Rekod dan Konvokesyen UiTM

Borang yang Perlu di Download :

  1. Borang Permohonan Transkrip
  2. Borang Pengesahan Pelajar

Selepas itu isi kedua-dua borang ni. Borang tersebut adalah dalam format PDF. Anda boleh guna Adobe Acrobat Reader DC dan klik pada Fill & Sign. Selepas itu isi seperti biasa.

Baca : Cara Tukar File Format PDF kepada Word

Pastikan anda  isi and tick betul-betul pada bahagian POS atau AMBIL SENDIRI.

2. Cara Pembayaran

Bil akan dijana pada hari yang sama, pelajar boleh membayar di kauter Bank Islam atau melalui ATM (untuk pemegang kad Bank Islam).

Harga yang dikenakan : RM10

Nota : Proses cetakan akan diproses dalam tempoh 5 hari selepas pembayaran dibuat dan direkodkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberikan kemudahan kepada anda.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter