Menguatkan Daya Ingatan Dengan Hanya Tidur Siang Selama 45 Minit ?

517
views
Iklan Infopelajar2u

Selalunya kita hanya mendengar keburukan akibat daripada tidur diwaktu siang. Sebagian besar orang memang cenderung selalu berfikir begitu, namun tahukah anda jika tidur siang pun ada kebaikkannya?

Pasti anda pernah terdengar mengenai kebaikan tidur siang yang sekejap, atau pun ‘power nap’.

Tidur Siang Mampu Menguatkan Daya Ingatan 5 Kali Ganda

Tahukah anda, terdapat kajian terbaru mendapati, tidur siang yang singkat selama 45 minit sehingga satu jam, mampu menguatkan daya ingatan sebanyak 5 kali ganda.

Hasil dari kajian yang diterbitkan menerusi jurnal neurobiology of Learning and Memory, ada menyebut bahawa mereka yang tidur siang mempunyai ingatan jauh lebih baik daripada mereka yang tidak tidur diwaktu siang.

Petikan daripada laman Metro.co.uk, bertarikh 27 Mac 2015

Menurut Profesor Axel Mecklinger, yang menyelia kajian di Dream.co.id, berkata, ” Tidur siang singkat di pejabat atau di sekolah, secara signifikannya sudah cukup untuk meningkatkan kejayaan dalam belajar atau bekerja.”

Tambah Mecklinger, di mana pun persekitaran mereka sama ada yang bekerja mahupun belajar, mereka harus berfikir secara serius tentang kesan positif dari tidur .

“Malah tidur singkat selama 45 hingga 60 minit boleh memperbaiki proses pengambilan maklumat dari memori ke otak sehingga lima kali ganda.”

Fungsi Positif pada Tubuh

Jika anda berfikir tidur siang hanya bermanfaat untuk bayi, anak-anak, orang yang lanjut usia atau yang sedang sakit, maka sebaiknya fikir balik. Tidur siang didapati dapat memengaruhi tubuh secara positif untuk kesihatan orang dewasa. Berikut ini beberapa manfaat di antaranya:

  • Mengurangi rasa lelah.
  • Meningkatkan konsentrasi.
  • Memperbaiki mood.
  • Meningkatkan kualiti kerja, termasuk reaksi yang lebih cepat dan daya ingat yang lebih baik.

Memanfaatkan tidur siang tidak ada salahnya, terutama jika keadaan memungkinkan. Namun jika anda tiba-tiba mengalami keinginan tidur siang yang lebih kuat dari biasa dan tidak ada alasan khusus untuk ada berberbuat begitu, anda mungkin ada masalah kesihatan.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter