MAHASISWA DAN ISLAM

147
views

Allah SWT bertanyakan kepada kita dalam firmanNya,

 

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

 “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)”.

[al-Qamar:17]

Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam memberitahukan keepada kita antara kelebihan membaca Al-Quranul Kariim adalah,

Daripada Sayyidina Uthman Radiyallahu ‘Anhu, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”.

[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 5027]

Perlu difahami juga akibat jauh daripada al-Quran,

Sayyidina Ibnu Abbas Radiyallahu ‘Anhu, bahawa Rasulullah SAW:

إِنَّ الَّذِي لَيْسَ فِي جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ القُرْآنِ كَالبَيْتِ الخَرِبِ

Maksudnya: “Orang yang tidak ada di dalam dadanya sepotong pun ayat ibarat Al-Quran adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong”.

[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2913] [Hadith dinilai oleh Imam al-Tirmizi sebagai Hasan Sahih]

Mahasiswa,

Dalam kesibukan kita menelaah akademik dan mengisi masa dengan sukan dan lain-lain, pastikan al-Quran sentiasa dibaca, dihayati dan diamalkan.

Sekiranya tidak pandai belajarlah. Itu yang utama. Semoga Allah SWT permudahkan.

“Saat kami sedang duduk-duduk di masjid,maka keluarlah Rasulullah saw kemudian duduk di hadapan kami.Maka seakan-akan di atas kepala kami terdapat burung. Tak satu pun dari kami yang berbicara” (HR.Bukhari)

Islam.
Sebuah agama yang hadirnya,
menyucikan yang kotor,memperindah yang jelik,memartabatkan yang ditindas dan pelbagai lagi kebaikan yang pasti tidak terungkap dengan kata-kata.

Diajarnya tentang Adab agar Umat Islam menjadi umat yang beradab dalam segenap segi.

Tapi sayang.

Adab ini,semakin hari,semakin samar-samar kelihatanya.Apatah lagi,Adab dalam kalangan Mahasiswa dan Guru mereka. Ditempelaknya guru mereka dengan pelbagai cacian andai adanya rasa tidak puas hati dalam diri mereka.

Mahasiswa,

Antara tugas yang di tekankan oleh Sai’d Hawa dalam bukunya Tazkiyatun Nafs adalah,seorang pelajar tidak seharusnya bersikap sombong dan sewenang-wenangnya terhadap guru mereka.

Dikatakan,

“Ilmu itu enggan dari pelajar yang sombong,seperti banjir enggan terhadap tempat yang tinggi”.

Makanya,

Diberikan sebuah analogi dimana,seorang pelajar itu harus bersifat seperti tanah gembur yang disirami hujan deras di hadapan gurunya.Dengan cari ini seluruh bahagian tanah itu menyerap dan tunduk sepenuhnya menerima hujan.

Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah,ayat 11.Mafhumnya,

“Allah telah meninggikan darjat orang yang beriman dan berilmu dari kalian beberapa darjat.Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”

Mahasiswa,

Orang yang berilmu itu pastinya orang yang beradab. Kerna, hakikat Adab itu sendiri adalah suatu ilmu yang diterjemahkan dengan perbuatan.

Apa guna menjadi orang yang berilmu tetapi amatlah jahil dalam konteks adab.Golongan ini,hanya berpura-pura semata.Kerna seharusnya ilmu yang baik mengajarkan kita untuk menjadi orang yang baik.

Kredit : Association of Muslim Intellectual Generation – Amilin