7 Langkah Menghilangkan Sifat Malas

2725
views

Setiap orang pasti pernah merasa malas apabila melakukan suatu perkara, malas boleh menyerang siapa saja, tidak kira masa, dan dimana pun. Sifat ini adalah sifat yang tidak elok diamalkan dan boleh mempengaruhi hidup anda jika dibiarkan berterusan.

Jadi di dalam artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa cara untuk menghilangkan sifat malas dalam diri anda dan supaya menjadi orang yang lebih rajin dalam apa jua yang dilakukan.

1. Kenali Masalah Utama

Setiap kali anda berasa malas, ia mesti disebabkan oleh sesuatu, betul? Sifat malas ini adalah simptom, bukannya masalah itu sendiri.

Jadi cuba tanya diri sendiri, kenapa anda tidak mempunyai semangat dan motivasi? Adakah anda sudah letih, penat, tidak berpuas hati, takut, sakit dan sebagainya?

Kenalpasti kenapa anda berasa seperti itu dan kemudian berdepan dengannya, jangan larikan diri.

2. Selesaikan Masalah Utama

Setelah anda mengenalpasti punca sikap malas itu, cuba selesaikan masalah tersebut terlebih dahulu, barulah anda fokus apa yang anda ingin lakukan.

Ia mungkin sukar, tetapi jika tidak diselesaikan, sampai bila anda nak berterusan macam ini. Sila pertimbangkan beberapa contoh ini:

  • Jika anda penat, cuba rehatkan diri. Setiap orang perlukan masa untuk mereka sendiri.
  • Jika anda tidak pandai, dapatkan bantuan daripada sesiapa yang pandai.
  • Jika anda tidak bersemangat dan putus asa, cuba dapatkan kembali semangat tersebut dengan mengubah tempat kerja, ubah persekitaran dan sebagainya.

3. Sediakan To-Do-List

Anda boleh membuat to-do-list, hal ini dapat membantu anda menjadi lebih teratur. Apabila membuat senarai ini, ianya perlulah logik, releven dan sesuai dengan jangka masa yang diperuntukkan.

Sediakan senarai itu sehari atau seminggu lebih awal agar anda lebih senang untuk mengatur masa dan cuba pastikan anda terikat dengan jadual tersebut.

Baca : Cara Buat To-Do-List Yang Efektif

4. Mulakan Sesuatu Walaupun Sedikit

Semua perkara mesti ada permulaannya, jika anda inginkan sesuatu perlulah bermula dari sekarang, walaupun ianya sedikit.

Namun, untuk bergerak dan memulakan sesuatu itulah yang paling susah. Tetapi apabila sudah mula bergerak sedikit demi sedikit, lama-lama anda akan terbiasa dan akan nampak hasilnya.

Jika anda masih malas dan banyak berikan alasan, semakin sukar bagi anda untuk memulakan sesuatu. Jadi mulalah lakukan sesuatu!

5. Tinggalkan Apa Jua Penghalang

Antara sebab kita menjadi malas adalah disebabkan oleh gangguan, contohnya seperti gadget, media sosial, permainan dan sebagainya. Tiada masalah menggunakannya, cuma kalau tidak secara terkawal, ia boleh memakan diri sendiri.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mengatur masa, bila boleh bersosial dan bila boleh bermain game. Matikan phone apabila sedang melakukan kerja, agar tidak mudah diganggu dengan notifikasi dan sebagainya.

Baca : 14 Tip Belajar Dengan Berkesan dari Dr Fadhilah Kamsah

6. Disiplinkan Diri

Jangan berhenti rehat jika tidak perlu. Siapkan terlebih dahulu tugasan yang anda perlu siapkan, kemudian ambillah rehat sekejap sebelum meneruskan tugasan yang seterusnya.

Disiplin perlu memainkan peranan yang penting dalam kes ini, dan juga paling sukar buat pertama kali. Sila lakukan apa yang anda sudakh  senaraikan dalam To-Do-List yang ada sudah buat.

7. Jangan Sesekali Berputus Asa

Sekali lagi, hidup ini bukannya lurus dan ada kalanya ia bengkok, ada kalanya ia bergunung-ganang. Apa jua yang berlaku, jangan berputus asa dengan apa kerjaya yang anda ingin usahakan.

Kerap ingatkan diri sendiri betapa jauh yang anda ingin capai dalam kerjaya anda. Dapatkan nasihat pakar sekiranya boleh. Jangan biarkan usaha anda selama ini disia-siakan.

Tips Tambahan Menghilangkan Sifat Malas

  1. Kerap ingatkan diri tentang matlamat, dan kenapa anda membuat sesuatu perkara tersebut dan cuba bayangkan kesan jika anda berputus asa.
  2. Bekerja dengan orang yang rajin, ia boleh mengelakkan anda daripada menjadi malas.
    Tidur awal, bangun awal.
  3. Cuba minum air yang sejuk apabila anda rasa malas kerana ia boleh meransang otak anda, meningkatkan pergerakan badan, lantas melakukan kerja.
  4. Guna teknik 20/10 yang di mana 20 minit anda lakukan sesuatu tugasan dan 10 minit adalah masa untuk rehat. 45/15 juga boleh digunakan.

Kesimpulan

Untuk menghilangkan sifat malas dalam diri adalah 100% bergantung pada individu itu sendiri. Ia bermula dengan matlamat hidup yang dia ingin capai, dan terus berusaha untuk mencapainya.

Diharap artikel ini membantu anda dalam menyelesaikan masalah kemalasan anda. Sila tinggalkan komen bagaimana anda menghilangkan sifat malas dalam diri anda di bawah dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here