Kajian Membuktikan Anda Mampu Kurus Jika Amalkan Minum Kopi

262
views

Pada pengemar kopi pasti anda akan tersenyum apabila baca mengenai ini kerana ada bahan-bahan di dalam kopi yang mampu mempengaruhi tubuh badan untuk mengurangkan berat dan membuatkan seseorang itu kurus.

BACA: Penggemar Kopi? Ketahui 10 Khasiat Kopi Ini

Secara asasnya di dalam kopi mengandungi tiga bahan yang mampu mempengaruhi tubuh badan seseorang. Pertamanya adalah kafein yang akan merangsang sistem saraf dan membuatkan seseorang itu aktif dan sekali gus akan membakar lebih banyak kalori dalam badan.

Bahan yang kedua adalah Theobromine dan theophylline yang juga mempunyai ciri-ciri yang sama seperti kafein dan juga memberikan rangsangan kepada tubuh badan.

Manakala Chlorogenic acid yang terdapat dalam kopi boleh memperlambatkan proses penyerapan karbohidrat dan membuatkan seseorang itu berasa kenyang lebih lama.

Bagaimana kopi boleh menguraikan lemak

Antara perkara yang sering dicanangkan oleh mereka yang menjual ‘kopi kurus’ adalah kopi ini membantu seseorang itu mencairkan lemak badan. Kuncinya adalahnya kandungan kafein itu sebenarnya.

Ini kerana kafein akan memberi ransangan kepada sistem saraf untuk badan bergerak aktif menguraikan lemak yang ada. Dalam masa yang sama kafein juga mampu meningkatkan hormon epinephrine dalam darah atau lebih dikenali sebagai adrenaline.

Antara kebaikan lain kopi adalah ia mampu meningkatkan metabolisme tubuh badan seseorang itu. Ada beberapa kajian yang mengatakan kandungan kafein dalam kopi akan meningkatkan kadar metabolisme seseorang sebanyak 3 peratus hingga 11 peratus. Kerana itu jugalah ada pendapat yang mengatakan mereka yang meminum kopi sebelum melakukan aktiviti olahraga akan membakar lebih banyak lemak.

Kadar metabolisme yang tinggi akan membuatkan tubuh badan seseorang itu membakar kalori dengan lebih berbanding mereka yang tidak meminum kopi. Akan tetapi perlu beringat supaya tidak overdose kafein yang boleh mengakibatkan seseorang itu pening kepala.

Perlu diingatkan kopi yang dimaksudnya di sini adalah kopi yang kandungan polyphenols masih terjaga yang mana kebiasaannya kandungan polyphenols akan berkurangan ketika proses roasting (mengoreng biji kopi). Seeloknya pilihlah kopi yang telah melalui proses light roasted.

Selain itu perlu diingatkan berat badan anda tidak akan turun dengan semata-mata meminum kopi, anda juga perlu bersenam serta tidak mengambil gula yang berlebihan. Jadi pada anda yang gemarkan kopi bolehlah mulai sekarang meminumnya tanpa memasukkan gula ataupun creamer.

Baca Juga : 10 Punca Mengantuk Di Pagi Hari Serta Petua Cara Mengatasi

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter