Kisah Tollgate Girl Berijazah

Kisah ini asalnya dikongsikan oleh laman iiumc.com, bolehlah kesana untuk dapatkan lebih banyak confession menarik.

284
views

Assalamualaikum. Kepada yang baca confession ni kalau rasa macam kenal aku, mohon jangan tag aku na… Diam-diam sudah… (Jadi kekok bahasakan aku. Tapi tak pa la na, nak bagi rasa cerita ni ‘dekat’ sikit dengan korang. Kalau ‘dekat’ la.. hihi)

Nama tipu aku Nani. Nama betul, rahsia. Hihi.. Just nak share cerita sebab tengok ramai sangat graduan kat luar yang dok kata takda keja la apa semua tu. Keja banyak sebenarnya. Tapi semua tu atas usaha dan kehendak kita la. Kalau kita jenis terlampau memilih, kerja yang ada depan mata pun macam tak nampak ja kan?

Pengenalan . .

Sekadar pengenalan, aku graduan ijazah dari sebuah IPTA kat Lembah Pantai tahun 2003. Bidang yang aku ambik berkaitan dengan subjek dalam bidang perguruan jugak la. Tapi bukan Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan. Konon2 nanti dah habis belajar nak jadi cikgu. Tapi kena ambil KPLI atau DPLI la pulak.

Alhamdulillah tamat ijazah dengan jayanya. Masa tengah tunggu nak konvo, dapat tawaran jadi cikgu ganti dekat sekolah berdekatan tempat study. Jalan kaki ja pi sekolah dari rumah sewa. Aku tak boleh bagitau berapa lama aku jadi cikgu ganti nanti kena gelak.

Tapi bila aku masuk ja sekolah tu dan terus diarah mengajar, masa tu baru aku tau sebenarnya jiwa aku bukan jiwa seorang pendidik. Tak mudah nak jadi pendidik. Yang hati dan jiwa betul2 kental ja mampu jadi pendidik. Padahal aku cuma mengajar Bahasa Melayu ja kot. Untuk form 3, form 4 dan form 5.

Sudahnya pada satu waktu aku pegi jumpa pengetua sekolah, aku bagtau aku tak boleh nak teruskan. Pengetua mintak aku carikan pengganti dari kalangan kawan2 yang baru habis belajar sebab kesiankan budak2 nak exam. On the spot aku call kawan aku guna telefon pejabat sekolah, dan dia setuju.

Alhamdulillah, dia minat dan sekarang dia bergelar pendidik secara tetap. Ok berbalik pada cerita asal. Lepas berenti jadi cikgu, sebulan lepas konvo aku dapat kerja sebagai Kerani Khidmat Pelanggan dengan gaji RM700 sebulan tanpa EPF.

Bertahan 6 bulan saja sebab environment tempat keja tak sesuai dengan aku. Tak perlu aku ceritakan terperinci, cukup aku katakan corak perniagaan dan pergaulan semua staf di situ sangat2 mengundang rasa tidak selesa. Tapi aku tak nafikan, staf kat situ sangat2 baik.

Berhenti kerja sebagai kerani . .

Lepas berenti keja sebagai kerani, cari jugak kerja sekitar KL. Sampai kena tipu pun ada. Offer kerja, tapi kena bayar dulu. Nak kerja punya pasal, bayar jugak. Rupa2nya kena tipu. Itu belum lagi katanya keja kerani, bila pi kat syarikat buku tu terus diarah naik kereta dengan 3 lelaki. Sorang lelaki warga tempatan, 2 lagi bangla barang kali sebab tak fasih Bahasa Melayu.

Pergi jual buku kat sekolah2 sekitar KL dan Sungai Besi. Bayangkan masa tu aku sorang perempuan, 3 lelaki. Buatnya si driver lencong ke tempat lain, naya… Esoknya memang tobat la tak pi dah. Akhirnya buat keputusan balik kampung kat utara sana. Dalam tempoh masa kat kampung tu ada jugak aku pi keja kilang. Tapi tahan tak sampai sebulan pun.

Setiap kali pi mintak kerja dengan kawan2 yang baru habis belajar, kami tipu kami lepas STPM ja. Sampai time interview, depa pakat tak percaya. Depa kata muka budak ‘u’. Ada cop kat dahi kami kot. Haha.. Rata2 memang reject la.. Depa takut keja sat2 ja.

Macam mana aku boleh terjebak jadi toll gate girl? Tahun 2005 bulan Januari aku terbaca iklan kat newspaper, nak pakai jurutol kat sebuah konsesi yang gah jugak la. Tapi bukan PLUS na… Interview kat hotel di Sungai Petani.

Amboi.. Jangan main2 na. Interview jurutol kat hotel. Haha… Plan nak pi dengan kawan sekolah. Berkali-kali aku pesan jangan lambat sebab kaunter pendaftaran tutup jam 11 pagi. Tapi dia lambat jugak. Kami sampai tepat2 jam sebelas pagi. Kakak kaunter cakap dah tutup. Kalau minat lusa pi kat Hotel Putra Palace kat Perlis.

Balik dengan rasa hampa jugak la. Sebab terdesak nak kerja. Umur dah 25 tapi masih bergantung dengan mak ayah lagi. 2 hari kemudian memang nekad jugak nak pi interview. Ajak kawan rapat masa sekolah yang habis belajar tapi masih tak keja macam aku jugak.

Cuba pergi interview di sebuah hotel . .

Lepas subuh dah keluar rumah. Ayah bagi duit RM70 buat tambang, buat makan. Terharu jap. Patut umur aku masa ni yang kena hulur duit kat mak ayah. Ini terbalik pulak. Sampai kat hotel, daftar, masuk dewan hotel untuk jawab soalan uji IQ. Yes, aku dengan kawan lulus untuk interview.

Aku pakat dengan kawan aku, apa pun jadi jangan pecah rahsia yang kami lulusan ijazah. Kawan aku kena panggil dulu. Bila dia keluar, alahai… mukanya kecewa. Tahu dah. Memang kantoi! Tak lama tu nama aku pulak kena panggil. Punya la aku klentong yang aku lepasan STPM, aku keja kilang, kerja itu, kerja ini.

Kemudian penemuduga tanya aku satu soalan. Lebih kurang macam ni la… “Kenapa kerja 3 bulan pastu brenti?” Nampak sangat kerja time cuti semester kan.. Haha.. Akhirnya terpaksa mengaku. Dan masa tu aku nampak dia tulis sesuatu kat kertas depan dia.

Masa dia tulis aku bukak mulut.. “Encik, boleh tak jangan tulis yang saya ada ijazah. Saya nak kerja sangat2 ni.” Lebih kurang ayatnya macam tu la… Kemudian encik ni tanya aku balik, “Betul ke awak nak kerja ni? Gaji basic RM550 ja.” Yes, masa tu aku terkejut jugak dengar basic gaji banyak tu.

Tapi aku nekad. Aku kata aku sanggup asalkan aku dapat kerja. Lepas dia catat apa yang sepatutnya, dia kata tunggu surat dari konsesi. Dia tak bagi jaminan apa2 pun pada aku masa tu.

Dapat maklum balas mengenai temuduga . .

Akhirnya bulan Mac 2005 aku dapat surat yang mengesahkan aku berjaya dalam temuduga. Tapi konsesi tak bgtau bila aku start lapor diri. Tunggu punya tunggu bulan Mei 2005 aku dapat surat minta lapor diri. Siap list barang2 yang perlu bawa. Dah macam nak masuk asrama plak tengok senarai barang.

Tapi memang aku dok hostel. Konsesi sediakan. Pertengahan Jun 2005 bermula la kehidupan aku sebagai toll gate girl. Memang sepanjang aku kerja, aku rahsiakan yang aku ada ijazah. Cuma kawan rapat sorang dua ja yang tahu aku ada ijazah.

Rupa2nya bukan aku sorang, kat plaza tol tempat aku keja ada 4, 5 orang lagi yang ada ijazah dan diploma. Keja tol, banyak mengajar aku erti sabar. Kalau mental tak kuat memang hari2 bole bergaduh dengan user. Tol sesak pun kena maki dengan user.

Padahal semua lorong dibuka. Itu belum kena ludah, kat duit user letak hingus. Macam2 la. Tapi ramai jugak user yang baik hati. Selalu bagi kuih, nasi lemak, satay, buah durian, aiskrim lecka. Macam2 lagi la… Tak semua user menjengkelkan. Lebih ramai yang baik hati.

Teringat kata2 arwah abang, “patut la hang tak pi cari qeja lain, hang qeja tak payah nak pikiaq banyak. Ambik duit ja.” Tak semudah tu sebenarnya. Kerja dulu baru tau. Yang orang nampak ambik duit ja. Orang tak nampak apa jurutol kena buat kat dalam pondok tol tu sampai habis shif.

Gaji pertama kerja sebagai jurutol lepas campur elaun, tolak duit hostel, tolak EPF cuma 4 ratus lebih ja. Tapi magic bole hantar ke kampung RM100 buat bayar bil-bil. Hujung bulan masa terima gaji kedua masih ada baki RM80. Hostel memang lengkap. Katil, tilam, bantal, almari baju, perabot, peti sejuk, periuk nasi elektrik, cerek air elektrik.

Pengalaman kerja sebagai tollgirl . .

Kat tempat kerja konsesi sediakan mcm2 biskut, milo, teh, nescafe, gula, susu. Pendek kata konsesi tempat aku kerja memang jaga kebajikan staf betul2. Kerja tol ni ada pahit ada manis. Tekanan tu yang kena tahan. Percaya tak kat plaza tol aku, wanita yang berkahwin bila mengandung pasti akan keguguran.

Sebab stress sangat2 dengan karenah user yang suka memaki hamun tak tentu pasal. Aku salah sorang. 2x aku keguguran. Dan 3 orang kawan sekerja yang lain jugak alami hal yang sama. Keguguran. Asbab semata. Yang sebenarnya Allah belum nak bagi rezeki anak lagi.

Masa keja tol ni jugak aku berkesempatan ambik kursus Bahasa Inggeris kat IIUM (IFLA). Pagi keja, petang terkejar2 naik lrt nak ke Gombak. Bukan sorang2, tapi dengan kawan sekerja jugak. 3 tahun aku kerja dengan konsesi pertama ni. Dari bujang, sampai dah kawin.

Gaji terakhir masa aku berenti kerja RM763, tahun 2008. Kalau ada yang tanya cukup ke tak, Alhamdulillah pada aku cukup. Masih bole hantar kat mak ayah RM100 sebulan. Cuma PTPTN ja aku on off bayar. Konsesi tol aku kerja sekarang konsesi tol ke 3.

Jawatan pun dah berubah. Masih kuli lagi. Hihi.. Ni tahun ke 8 aku kerja dengan konsesi sekarang. Gaji Alhamdulillah, berkat sabar dari basic RM550 kat konsesi lama, selepas 11 tahun berkhidmat dalam bidang tol dah mencecah ke 3k. Tapi bukan basic la. 3k tu selepas campur elaun dan ot.

Sedikit nasihat untuk pembaca . .

Nasihat aku kat graduan luar sana, bila habis belajar carilah kerja apa pun selagi halal. Selagi pendapatan yang dibayar pada kita bole menampung keperluan semasa kita, teruskanlah. Sambil2 tu cari kerja lain. Cari pengalaman. Pengalaman bekerja dari bawah sangat2 berharga sebenarnya.

Bila kau naik dan ada anak buah, kau akan lebih memahami sebab kau pernah berada di tempat dia orang. Tapi tak semua ye. Ada ja yang terus jadi bos lebih memahami berbanding yang start dari bawah. Orang macam ni mungkin sebab lupa diri, lupa asal usul dia kot bila dah naik pangkat.

Kepada orang luar, hidup kita saling bergantungan walau apapun kerja yang kita buat. Jangan pandang rendah pada sesiapa yang pada mata kasar tak setaraf dengan anda.

Pengalaman aku sepanjang jadi toll gate girl, memang tak pernah lagi dengar orang hina kerja yang aku buat. Cuma dengar kawan bercerita dan staf aku kat tempat kerja sekarang bercerita. Dihina sebab kerja tol. Katanya yang tak pandai ja kerja tol. Yang tak berduit ja kerja tol. Dengar memang panas. Tapi tak apa lah, yang penting kerja tol pun salah satu cabang rezeki halal.

Cuma nak habaq jugak la, ada ja pekerja tol yang dok kutip duit ni datang kerja naik BMW. Bukan tipu, tapi kenyataan! Dan aku awal tahun 2016 kehilangan seorang staf lelaki yang sangat rajin, sangat sopan, sangat berhemah, merendah diri. Kerja tol kat bawah jugak.

Dia hulur surat brenti kerja. Bila aku tanya dapat kerja lain ke? Katanya nak sambung belajar. Aku tanya dapat mana? Uitm ke? Sekali dia tersipu2 nak bagitau. JEPUN. Haha.. Aku cuma terkeluar wow, bestnya!!! Pastu aku tanya ijazah ke? Dia sekali lagi tersipu2 nak bgtau.. Tak katanya. Aku tanya lagi, master? Jawabnya… Tak, PHD.

Allah… Sungguh tak sangka. Muda lagi orangnya. 29 tahun kalau tak salah. Dia dah ada kat sana pun. Sesekali aku stalk jugak fb dia. Hihi.. Seronok dia kat Jepun sekarang ni. Dah panjang sangat aku tulis ni. Nanti jemu korang nak baca. Just ambik point penting ye Sekian.