Kisah Kolej Lama Di Sebuah Bilik Rosak

729
views

Nama aku Fiqah. Aku seorang student yg sekarang ni baru sem 2 nak masuk sem 3, belajar di IPTA Bota, Perak. IPTA mana? Itu dirahsiakan. hehe.

Kisah seram (untuk aku lah) yg berlaku dekat aku ni, rasanya first time dalam seumur hidup aku pernah berlaku kat aku, selama aku tinggal selama 2 sem dekat sini.

Kisah pertama

Kolej kat dalam ni diorg pelik sikit. Dulu before batch aku, kolej-kolej semua okay je. Takde apa-apa yang pelik pon. Itu pon sejak kes histeria dan kes bunuh diri banyak berlaku, semenjak tu, diorg dah tukar, kolej lelaki jadi kolej perempuan, kolej perempuan jadi kolej lelaki.

Kolej perempuan dulu yg sekarangnya dah jadi kolej lelaki, ustaz kata itu tempat paling strategik untuk “benda” tu masuk, keluar ke alam kita ni. Ada lah satu kisah bilik ni. Tapi itu cerita lain. Ni kita nak cerita pasal kisah aku. kahkah Kolej aku ni dulu kan lelaki punya, so now dah jadi kolej perempuan.

Aku punya kolej ada 2 bangunan yg duduk depan depan. Block 1 & 2. Aku duduk block 1. Block 2 tu, betul betul bersebelahan dengan hutan. Tapi sebelah hutan ke tidak, sama je nasib semua student dekat situ..

Aku dulu masa sem 1, memang habit aku mandi dalam pukul 2 lebih ke atas. Maklumlah, student studio base ni. Kadang balik awal kadang balik lewat. Aku balik dalam pukul 1, 2 pon tu pon sebab kalau PB tak halau. Kalau PB halau aku balik awal lah sikit. Tapi awal ke tidak, aku akan tetap mandi dalam pukul 2 lebih ke atas. Taktahu kenapa. Maybe sebab dah terbiasa kot.

Satu hari tu, macam biasalah, dalam pukul 2 lebih tu, roommate aku ajak mandi sama (stall lain lain lah). Dah start mandi tu, tengah sedap sedap shampoo, tetiba aku dengar roommate aku panggil nama aku banyak banyak kali,

“Fiqah Fiqah Fiqah Fiqah Fiqah….”.

Aku pon macam, “Suri (bukan nama sebenar) kau panggil aku ke?! Asal tho?! Annoyinglah!” Roommate aku pon dari sebelah cakap, “Huh? A’ah, ye, ye, aku panggil kau. Saja.” Aku pon diam jelah.

Aku ni jenis mandi lama sikit, so aku masuk bilik lepas roommate aku. Bila masuk je, aku nampak roommate aku yg lain tengah bisik bisik. Aku pon macam pelik lah tapi aku tak amik kisah sangat. Lepastu aku start tanya,

“Kau pahal tho tadi panggil aku banyak banyak kali camtu? Kau nak apa?”

Roommate aku terdiam jap and pandang roommate aku yg lain. Pastu dia cakap, “Weh, Fiqah, sebenarnya, mana ada tho aku panggil kau tadi. Tadi aku mandi pon tak dengar apa apa pon.” Aku terus mcm terdiam jap. Nasib baik aku tak overthinking sangat pasal benda tu. Alhamdulillah.

Tapi, semenjak kejadian tu, lepas balik dari studio je aku terus mandi. Dah tak delay mcm dulu. Takut punya pasal. hahaha. Itu kisah pertama aku masam aku sem 1. Ni baru baru ni je. Sem 2. One day before aku balik rumah, sebab cuti sem dah start.

Kisah kedua

Aku dulu duduk kolej 1. Sekarang dah sem 2 ni pulak, aku dah pindah kolej, duduk ke kolej lain. Kolej A dan B. Aku duduk Kolej B, block B, ground floor. Pindah pon sebab kolej aku yg dulu tu literally took 10 mins nak jalan ke fakulti aku. Ke hujung dunia tahu tak? Ni pindah Alhamdulillah, about 6 mins dah sampai?

Tahu takde jauh beza mana tapi at least lebih dekat. So senanglah untuk aku, kalau aku ada tertinggal barang ke or nak solat ke, boleh je jalan kaki. Walaupun ada PI dekat situ. Anyway, kisah aku yg kedua ni bermula disini. Before aku duduk kat Block B sini, aku taktahu pon ada banyak bilik kosong.

And by kosong, I mean bilik “rosak”. Kononnya lah rosak sebab tu apa yg SRK and JPK banyak cakap. Aku sebenarnya tahulah apa sebanya tapi aku tak amik kisah sangat so aku duduk jelah. Alah bilik rosakkan? Bukannya apa. Kan?

Dekat U aku ni, setiap hari Selasa mesti ada pasar malam dekat tengah tengah jalan, dekat dengan roundabout and PI. So, meaning, semua kedai kedai makan dekat situ semua tutup. Jadi, every Tuesday, pasar malam itulah ktrg punya source of food. cewah. haha Aku masa tu datang pasar dengan 2 org kawan aku. Satu lelaki, satu perempuan. Diorg tu kononnya has a “thing” between them tapi padahal perempuan tu dah ada bf. Lol.

So, end up aku balik sorg sorg sebab diorg nak “dating” punya pasal. Aku pon jalan kaki balik, selalunya pergi lalu depan kolej kolej lelaki, balik lalu depan PI. Aku pon lalu lah depan PI tu macam biasa. Aku takde nak expect apa apa pon terjadi. Aku pon dah lalu masuk pagar kolej aku tu. Aku taktahulah asal dengan mata aku hari tu, tetiba je nak merayau, tengok sana sini. Dah la Block B aku ni pon depan depan dengan hutan jugak. haih.

Masuk je pagar tu, mata aku tetiba gatal nak pandang atas. Reminder, disebabkan final dah habis, cuti sem pon dah start, student student dah mula balik and bilik pon dah mula kosong meaning? Gelap. Aku pandang je atas, tingkat 2, tingkap belah tengah, berdepan ngn PI, aku nampak mcm silhouette manusia, tengah pandang aku, sambil tangan dia pegang tingkap tu.

I mean, kita boleh nampakkan bentuk badan org tu pandang kita ke tak. Lampu jalan yg menerangi jalan aku ke bilik aku tu, dia flash jugak kat tingkat atas. So boleh nampaklah shadow manusia ke apa apa ke kat dalam bilik. Tu pon kalau diorg tk tutup langsir. Aku mula mula igt ke pikiran aku ke apa kan?

Plus, aku pulak rabun malam. Bila aku jalan dekat sikit tu, baru aku nampak betul betul. Memang betul, seekor “lembaga” sedang melihat aku dari tingkat atas. Aku sekali pandang je tau. Maknanya mata aku tak tengok kat tempat lain. Satu tempat tu je aku pandang. Lepas aku betul betul confirm apa yg aku nampak, aku terus pandang bawah, ke arah bilik aku, geleng kepala.

Aku mcm tak percaya je apa yg aku nmpk sebenarnya. Yelah, first time kot nampakkan? Alhamdulillah dia cuma tunjuk diri dia mcm tu je. Kalau depan depan?

Astaghfirullahhalazim mahu aku tak coma seminggu? Keesokkan harinya tu, before aku balik, aku ajak roommate aku, tengok bilik yg aku “nampak” tu ada org ke tak sebenarnya. Naik je tingkat 2, bilik tu memang betul takde orang. Dah mmng tampal depan depan dekat situ tulis “Bilik Rosak”. Check semua, tanya kawan aku yg JPK kata mmng bilik tu takde org. Student mana boleh tidur dalam bilik rosak. Aku mmng degup jantunglah bila aku fikir balik apa yg aku nampak semalam.

Jadi itulah kisah kisah aku sepanjang 2 sem belajar dekat situ. InshaAllah next sem aku takde apa apa terjadi kot. hehe

Nota Editor : Kisah yang disiarkan hanya sekadar hiburan dan bukan untuk menakutkan sesiapa. Kisah kali ini dikongsikan oleh Fiqah. Anda juga boleh kongsikan kisah anda disini

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter