Khasiat Telur Pada Kesihatan Yang Perlu Anda Tahu

6970
views
Iklan Infopelajar2u

Khasiat Telur Pada Kesihatan | Ramai yang sudah tahu kelebihan dan khasiat telur. Jadi disini kami ingin kongsikan bersama-sama kepada yang masih tidak mengetahui khasiatnya.

Telur adalah antara makanan yang paling senang untuk ditemui di mana-mana. Namun tahukah anda bahawa telur yang biasa kita makan setiap hari memiliki banyak manfaat dan kegunaan yang baik untuk tubuh badan, dan juga boleh dimanfaatkan untuk kecantikan.

Ini kerana menurut pakar Nutrisi, Amanda Ursell, memberi sarapan telur rebus kepada kanak-kanak sebelum ke sekolah akan membantu mereka mendapatkan tenaga dan meningkatkan daya pemikiran mereka.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa manfaat telur yang perlu anda tahu.

4 Khasiat Telur Pada Kesihatan dan Tubuh Badan

#1 Telur Membantu Menghilangkan Jerawat

Untuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah anda, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal.

#2 Baik Untuk Kesihatan Mata

Telur juga mempunyai khasiat yang bagus untuk mata. Ini kerana Karotenoid yang ada pada kuning telur, khususnya Karotenoid lutein danzeaxanthin, sangat bermanfaat bagi kesihatan mata.

Menurut para penyelidik, Karotenoid dapat menurunkan risiko penyakit ‘age-related degeneration’ dan katarak. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mata, melawan radikal bebas yang dapat meresap ke beberapa bahagian pada retina sehingga dapat mempengaruhi kemampuan mata untuk fokus.

#3 Menjaga Berat Badan Agar Tetap Sihat

Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia. Ia juga dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Kandungan nutrisi di dalam telur adalah tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

#4 Telur Baik Untuk Rambut dan Kuku

Telur juga mampu menjaga kesihatan rambut dan kuku anda kerana telur mengandungi sulphur yang tinggi, dan mempunyai pelbagai vitamin serta mineral.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter