Permohonan Kerja Kosong Kerajaan Melalui SPA9

129
views
Iklan Infopelajar2u

Kerja Kosong Kerajaan. Kepada calon lepasan SPM, STPM dan STAM atau setaraf yang berminat untuk membuat pemohonan pekerjaan dalam sektor Perkhidmatan Awam anda perlu mendaftar melalui portal SPA9 bagi memenuhi kekosongan dalam setiap bidang pengkhususan jawatan sektor awam yang ada. (SPA8i yang bakal diganti dengan daftar SPA9 mulai 28 September 2020)

Jadi, semua pemohon baharu adalah diwajibkan mendaftar akaun permohonan secara online melalui sistem yang disediakan bagi mencapai dan mengakses sepenuhnya Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Sektor Awam. (Login SPA9)

SPA9 Portal Permohonan Kerja Kosong Kerajaan

Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) akan sepenuhnya menggantikan Borang Pendaftaran Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) bermula 28 September 2020.

Oleh itu, pemohon sedia ada di dalam sistem SPA8i yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh adalah tidak perlu untuk mendaftar semula di SPA9 kecuali bagi menyemak status permohonan atau memohon jawatan baru.

Cara Membuat Permohonan Di Portal SPA9

Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam secara atas talian (online) sila layari (klik) salah satu daripada judul pautan sistem aplikasi di bawah dengan Log Masuk :

Klik : Sistem Aplikasi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA9

Nota : Sebelum melakukan atau mengemukakan pendaftaran secara atas talian (online) menggunakan sistem berkenaan, pemohon dinasihatkan memahami langkah untuk membuat daftar akaun baru dan boleh rujuk kepada Panduan Pendaftaran SPA9 di Portal Rasmi SPA

Untuk mengetahui soalan yang sering ditanya oleh pemohon berkaitan dengan pendaftaran sila klik pautan di bawah.

Sekiranya terlupa kata laluan, pemohon boleh memilih reset kata laluan menggunakan dua pilihan iaitu nama ibu dan tempat kelahiran pemohon semasa mendaftar atau memasukkan alamat pada kad pengenalan kerana no kad pengenalan telah digunakan untuk ID pemohon

Untuk panduan pendaftaran sila baca : Manual Pengguna SPA9

Makluman Penting SPA9

Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa

a) Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun

b) Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja

c) Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu (maklumat akademik)

  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan

SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam dan menghantar semula permohonan

Kelayakan Permohonan Pekerjaan

Berikut adalah maklumat berkaitan syarat kelayakan akademik atau taraf pendidikan bagi tujuan permohonan pekerjaan ke perkhidmatan awam, sila klik pada judul pautan berikut:

Sila Klik : Pemohon Lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) setaraf

Sila Klik : Pemohon Lepasan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran) setaraf

Sila Klik : Ijazah/ Sarjana/ PHD

Nota : Info yang dinyatakan adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan perubahan semasa

Baca : Lebih Baik Mohon Kerja Kerajaan Atau Swasta ?

Sehubungan dengan itu, pemohon dinasihatkan melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA di pautan Portal Rasmi SPA bagi mendapatkan sebarang maklumat yang terkini.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here