Lebih Baik Mohon Kerja Kerajaan Atau Swasta ?

2097
views

Apabila tamat sahaja pengajian anda, pasti ramai yang dalam dilema sama ada mahu kerja dalam sektor kerajaan atau sektor swasta.

Pasti anda terfikir-fikir apa kelebihan dan kekurangan dalam pekerjaan kedua-dua sektor tersebut. Bagi yang belum tahu, baca artikel yang dikongsikan ini. Semoga anda bijak membuat pilihan.

Kerja Kerajaan Atau Swasta

Setiap kerjaya sama ada kerja kerajaan atau swasta mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bergantung kepada minat dan rezeki individu untuk memilih sektor mana yang lebih sesuai dengan dirinya.

Mari kita amati satu per satu kelebihan dan kekurangan bekerja di setiap pekerjaan ini.

Kerja Kerajaan

Kelebihan bekerja dengan kerajaan.

  • Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
    Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
  • Kestabilan ekonomi sendiri
  • Potensi dibuang kerja amat tipis
  • Kerja yang lebih tenang dan selesa

Kekurangan kerja dengan kerajaan.

  • Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
  • Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
  • Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
  • Gaji pokok yang kecil
  • Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
  • Posting jauh dari tempat tinggal

Kerja Swasta

Kelebihan bekerja dengan syarikat swasta.

  • Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
  • Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
  • Gaji pokok yang tinggi
  • Berorientasikan keuntungan syarikat
  • Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
  • Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa mengikut kelayakan
  • Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
  • Ruang kerja yang kondusif

Kekurangan bekerja dengan syarikat swasta.

  • Potensi dibuang kerja tinggi
  • Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
  • Masa depan tidak terjamin
  • Boleh pilih kerja

Kesimpulan

Oleh yang demikian, bergantung kepada anda, minat dan peluang yang ada untuk anda gapai bagi membolehkan anda berusaha untuk berjaya tidak kira dalam bidang atau sektor mana yang anda ceburi.

Nasib setiap individu tidak sama, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Apa pun yang anda ceburi, usaha tangga kejayaan.