Kerana Mengejar Angka 4.0, Engkau Telah Berdosa Dalam Diam

211
views
Iklan Infopelajar2u

Ikuti perkongsian pemuda bernama Afnan Irfan ini mengenai pandangan beliau kepada pelajar yang belajar hanya untuk mengejar keputusan yang bagus, tetapi terlencong ke arah yang tidak baik.

Assalamualaikum dan bismillah. Haa, result exam bagi students uitm dah keluar. Alhamdulillah. Gaiss, sentiasa la bersyukur dengan ape yang Allah bagi. Ape yangmenjadi hak milik kita pasti Allah akan beri. Apa yang sudah ditakdirkan untuk kita, pasti akan menjadi milik kita. Tapi kalau bukan hak milik kita, memang tak akan dapat walaupun kita dah bermati-matian mengusahakannya. Jika Allah tak izinkan, maka ia bukan milik kita. Sampai masa nanti, Allah akan beri pada waktu dan saat yang paling sesuai dalam hidup kita. Apa yang kita perlu buat adalah sabar. Yakinlah dengan janji Allah. Nak berjaya, tengok ape yang Allah kata :

“Sesungguhnya, berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun : 1-2)

Nak result yang gempak, jaga solat tu sebaik mungkin. Tak payah nak memberontak, sedih, kecewa, down bagai. Dan jangan la hina orang yang dapat result rendah. Sombong-sombong nie nak pergi mana? Nak ikut iblis? Iblis masuk neraka sebab ape? Sebab mereka sombong dan takbur. Mereka rasa mereka la yang paling mulia berbanding Nabi Adam as. Sebab tu tak nak sujud hormat pada Nabi Adam as. So, kite pun nak jadi macam iblis jugak ke? Kena campak dalam neraka. Kena laknat Allah. Nak jadi macam nie? Ape guna kalau dapat result yang tinggi melangit tapi Allah tak berkat dan redha. Tak ke mana pun. Berjaya di dunia tapi akhirat? Jangan sampai disebabkan kita terlalu mengejar angka 4.0 kita telah berbuat dosa dalam diam. Abaikan solat. Tinggal al-Quran, dakwah dan tarbiyah. Zikir entah ke mana.

Dan kepada mereka yang dapat result yang tak berapa nak cemerlang, jangan sedih, okay? Biar tak berjaya di dunia asalkan berjaya di akhirat. Mungkin takde rezeki lagi kut. Kita usaha je lagi. InsyaAllah, ade rezeki Allah bagi. Allah lebih mengetahui ape yang terbaik untuk hambaNya. Jangan sedih tau. Percayalah, Allah sentiasa ade untuk korang dan takkan pernah tinggalkan korang.

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.” (Surah al-Baqarah : 216)

Yakinlah dengan Allah. Mungkin Allah sengaja tak nak bagi korang result exam yang gempak-gempak sebab Allah takut korang akan jadi lupa diri dan lupa Allah. Allah takut korang jadi malas solat, tinggalkan al-Quran, sebab tu Allah tak nak bagi. Sebab Allah sayang korang dan Allah nak bagi syurga untuk korang. Anggap la semua nie ujian dari Allah. Bila ujian datang, korang akan lebih banyak menyebut nama Allah. Sebenarnya Allah rindu nak dengar suara rintihan kita. Allah rindu nak dengar kita merayu, merintih, menangis, dan menyebut-nyebut nama Dia. SubhanAllah. Baiknya Allah. Didiklah hati kita untuk sentiasa bersangka baik pada Allah. InsyaAllah, tiada kekecewaan apabila kita menghadapi kegagalan. Walau ape pun result yang kita dapat, bersyukur la. Allah berfirman dalam surat cintaNya :

“Dan sedikit sekali daripada hamba-hambaKu yang bersyukur.” (Surah Saba’ : 13)

Moga-moga kita termasuk dalam golongan yang sedikit itu. Jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan sentiasa qanaah dengan nikmat rezeki. Cuba ingat balik. Perkataan ape yang keluar daripada mulut kita bila kita check result exam. Adakah kalimah syukur Alhamdulillah? Atau kecewa? Marah? Sedih? Down? Mencarut? Tanya diri. Aku nie hamba Allah atau hamba CGPA? Kita sibuk kejar nak result exam yang gempak. Habis, result kat akhirat macam mane? Ingat! Kita pandai macam mane sekalipun, kita hebat macam mane sekalipun, tapi kalau takde hidayah, kita tetap akan menjadi manusia yang sesat. Sama-samalah kita muhasabah.

Afnan Irfan
15 November 2016
15 Safar 1438 Hijrah
12.43am

Baca Juga : Gadis Ini Kongsikan Tips Dapatkan RM35,000 Pada Usia 27 tahun.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter