Semakan Keputusan Rayuan UPU Lepasan STPM / Setaraf

1438
views
Iklan Infopelajar2u

Semakan keputusan rayuan pertama UPU Lepasan STPM dan Setaraf boleh dibuat mulai 27 Ogos 2018. Sekiranya gagal dalam permohonan rayuan pertama, calon boleh membuat semakan keputusan rayuan kedua pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Sekiranya calon gagal permohonan rayuan pertama, calon tidak perlu mohon semula dan pastikan menyemak keputusan rayuan kedua. Keputusan rayuan kedua adalah muktamad serta proses rayuan juga ditutup.

 

Tarikh Hebahan Keputusan Rayuan UPU

Untuk membuat semakan keputusan rayuan, calon yang berkenaan boleh mendapatkan maklumat tarikh rasmi hebahan keputusan serta pautan saluran semakan dibawah.

Keputusan Rayuan Pertama : 27 Ogos 2018

Keputusan Rayuan Kedua : *akan dikemaskini

Semakan Keputusan Secara Online

Sistem Aplikasi semakan secara online ataupun SMS hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan rayuan pertama dan kedua UPU diumumkan secara rasmi.

Calon juga boleh membuat semakan dengan menggunakan saluran alternatif semakan UPUonline yang disediakan dibawah :

Semakan Keputusan Secara SMS

Anda juga boleh menyemak keputusan permohonan rayuan melalui SMS dengan cara menaip seperti berikut :

UPU <jarak> RESULT <jarak> NO KAD PENGENALAN sms ke 15888

Maklumat Lanjut

Hubungi di talian helpline (03) 8870 8200, mengunjungi kaunter runding cara UPU di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/.

Nota : Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi – 5.30 petang

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here