Pelajar Tingkatan 3 (Tiga) yang telah menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2016 boleh mendapatkan keputusan pelaporan Menengah Rendah masing-masing pada satu tarikh dalam minggu ketiga bulan Disember 2016
Sebagai makluman, pihak pengurusan sekolah masing-masing akan turut memberitahu tarikh penyerahan keputusan atau pelaporan PT3 2016 kepada calon yang berkenaan
Sehubungan dengan itu, sila dapatkan maklumat lanjut mengenai penyerahan keputusan pelaporan PT3 2016 daripada pihak sekolah masing-masing
TARIKH DAN SEMAKAN KEPUTUSAN PT3 TAHUN 2016 SECARA ONLINE DAN SMS
Pada tarikh rasmi keputusan pelaporan Menengah Rendah diumumkan, semua calon yang terbabit boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi, hari berkenaan
Berikut adalah ruangan maklumat terkini berkaitan tarikh rasmi keputusan PT3 2016 diumumkan dan cara untuk mendapatkan keputusan masing-masing serta panduan permohonan penyemakan semula keputusan PT3
Maklumat Semakan Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 | |
Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan | 19 Disember 2016 (Isnin) |
Semakan Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 | Semakan Online SMS Tidak Disediakan |
Perkhidmatan Penyemakan keputusan PT3 2016 secara atas talian (online) serta melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tidak disediakan. Harap maklum | |
Cara Mendapatkan Keputusan | Calon Sekolah Calon sekolah adalah menerusi sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan Calon Persendirian |
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) | Info PT3 diperkenalkan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilaksanakan sejak 1993 PT3 diperkenalkan bagi menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi pelajar dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian mereka Pelajar Tingkatan Tiga akan dinilai berdasarkan empat jenis penilaian merangkumi keputusan keseluruhan, penghuraian keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang |
Panduan Dan Permohonan Penyemakan (Semakan) Semula Keputusan PT3 2016
Calon sekolah atau calon persendirian yang tidak berpuas hati dengan keputusan diperolehi boleh membuat permohonan semakan semula keputusan PT3 dengan melengkapkan borang yang berkaitan
Permohonan penyemakan semula keputusan PT3 boleh di buat dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan diumumkan
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter