Keputusan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2017 Online

714
views

Keputusan Kemasukan SBP Tingkatan 4. Kepada pelajar lepasan PT3 2016 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP 2017 Tingkatan 4.

Baca : Permohonan e-Rayuan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2017

Menurut makluman KPM, semakan keputusan tawaran ambilan 1 dan permohonan eRayuan boleh di buat bermula 20 Januari hingga 5 Februari 2017.

Semakan Keputusan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2017 boleh dilakukan secara online.

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2017

Keputusan SBP Tingkatan 4 boleh disemak bermula 20 Januari hingga 5 Februari 2017. Klik pautan dibawah untuk menyemak keputusan Tingkatan 4 Online SBP.

Sistem aplikasi semakan dan e-Rayuan akan diaktifkan bermula tarikh rasmi pengumuman keputusan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan lanjut di laman Sistem Aplikasi semakan tersebut

Cara Semakan

  1. Sila Masukkan No. MyKad dan Angka Giliran PT3 2016 dan Klik Butang Semakan
  2. Pastikan maklumat NO. MYKAD dan ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PT3 calon.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut.

Kepada Pemohon Yang Berjaya

Pelajar (pemohon) yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.

Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran.

Sekiranya maklumat tidak lengkap atau tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut.

Tawaran kepada calon jaya adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan.

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : moe.gov.my

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter